Baiklah, entri kali ini saya akan menulis tentang tips yang boleh dicuba untuk mengawal bos sebagai memenuhi permintaan seorang rakan saya bernama Sakinah binti Ishak (nama tidak dirahsiakan). Saya pun kurang pasti mengapa beliau me'request' penulisan sedemikian. Apa beliau ingat saya ni
Menari Ala Sin Chan Di Hadapan Bos
Untuk makluman kalian, tarian/senaman punggung di hadapan rumah Ambiga yang pernah dibuat oleh beberapa orang tua yang belum sampai ajal yang diketuai oleh Ali Tinju satu masa dahulu merupakan adaptasi daripada rancangan kartun popular iaitu Sin Chan. Mungkin mereka merupakan peminat rancangan kartun tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam dunia sebenar. Teknik ini kalian boleh aplikasikan sekiranya anda mempunyai jiwa periang seperti kanak-kanak yang sedang dalam peringkat pembesaran. Selain itu, perasaan malu dalam diri juga tidak seharusnya wujud kerana ia bakal menjadikan tarian kalian seolah-olah kaku dan tidak bernyawa. Untuk mencapai tahap keinzalan yang maksimum, kalian boleh menayangkan bontot sama ada dengan membuka seluar atau tanpa membuka seluar seperti Sin Chan. Bagaimanapun, teknik ini mempunyai dua kesan kemungkinan iaitu sama ada bos kalian akan terhibur dengan telatah kalian yang kelakar itu dan seterusnya akan menjadikan kalian pekerja emas atau tempat memuaskan nafsu berhibur (mendengar lawak kalian) ATAU kalian bakal dilempang di kepala akibat daripada kejelikan bos terhadap perlakuan kalian yang sememangnya menjengkelkan itu. Lebih dasyat lagi sekiranya bos kalian adalah perempuan kerana kalian mungkin akan dikenakan tindakan di bawah kesalahan gangguan seksual di tempat kerja. Sekiranya kalian seorang perempuan dan bos pula adalah lelaki, kalian tidak perlu risau akan didakwa atas kesalahan gangguan seksual kerana sudah pasti mereka tidak akan membuat laporan. Bagaimanapun, ianya tidak terpakai kepada saya kerana sekiranya saya berada dalam keadaan demikian (staff menunjukkan bontot ala Sin Chan), sudah tentu saya akan menutupkan kedua belah mata saya dengan tapak tangan sambil mengucapkan istighfar beberapa kali bersesuaian dengan status saya sebagai suami, bapa, anak dan menantu mithali.
Menangis Ala Fasha Sandha Dalam Cerekarama Kontrak Cinta
Teknik ini hanya sesuai diaplikasikan oleh golongan wanita sahaja kerana sekiranya kalian adalah seorang lelaki, sudah pasti akan membuatkan kalian seperti bapok Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur atau Jalan Dhobi di Johor Bahru. Sekiranya bos kalian tidak melempang kalian, maka saya dengan rela hati dan sukarela akan melempang kepala kalian di situ juga. Untuk menjadikan teknik ini berkesan, kalian (golongan wanita) boleh menangis ala Fasha Sandha di hadapan bos masing-masing dengan harapan terdetik perasaan sedih atau kesian di hati bos kerana menyangkakan kalian seorang yang berjiwa sensitif. Bagi mendapatkan feel sedih dengan gaya yang semula jadi, kalian boleh membayangkan sesuatu yang sedih umpamanya sedang mendengar lagu "Sedetik Lebih" Anuar Zain atau ketika beg tangan jenama Coach kalian dirembat oleh Mat Pet ketika sedang bersiar-siar di KLCC. Sekiranya teknik ini berjaya, kemungkinan besar pada masa akan datang bos akan berfikir dua kali untuk memarahi atau membuli kalian.
Menjadi Garang Seperti Cikgu Disiplin Sekolah Menengah
Teknik ini pula merupakan teknik yang paling ekstrim berbanding teknik-teknik yang lain kerana ia memerlukan jati diri yang tinggi agar kegarangan kalian dapat mengatasi kegarangan bos. Bagaimanapun, teknik ini perlu disertai dengan hujah-hujah yang mantap kerana ia selalu bermula dengan sesi
Buat Bodoh atau Muka Gampang
Maaf, bahasa yang digunakan dalam teknik ini agak kasar. Tapi kira okla kan sebab saya tidak menggunakan perkataan-perkataan lain yang lebih kasar dan berbunyi lucah seperti %&**t, xxxxxx, @%$#! dan pelbagai kata-kata carutan mahupun makian yang lain. Teknik ini merupakan yang paling mudah diaplikasikan sebab kalian hanya perlu membuat memek muka seperti orang bodoh walaupun pada hakikatnya kalian adalah seorang yang bijak, pandai, bistari, lestari, binari, sang kancil dan sebagainya. Contohnya, kalian boleh mengorek-ngorek hidung ketika bos sedang memarahi kalian dan lebih ekstrim sekiranya kalian menyeletkan taik hidung kalian di atas meja beliau dan seterusnya mengorek hidung yang sebelah lagi. Bagaimanapun, ia memerlukan hati dan jiwa yang kering bagi membolehkan teknik ini berkesan dengan jayanya. Sekiranya teknik ini diamalkan secara berterusan, lama kelamaan bos mungkin akan fed up untuk memarahi kalian kerana berpegang kepada peribahasa "seperti mencurahkan air di daun keladi".
Menarik bukan teknik-teknik yang dinyatakan di atas?Jadi kalian bolehlah mencuba pada masa akan datang kerana ia merupakan teknik-teknik yang bebas daripada unsur bodek membodek yang dapat mengelakkan diri kalian diumpat oleh rakan sekerja yang lain (akibat membodek bos) mahupun dosa menggunakan ilmu hitam (santau tuju-tuju angin). Sekian