Monday, 23 July 2012

Lapor Diri

Credit to benchfly.com


Hai, apa kahabar kalian?


Dah hampir 2 minggu aku tak update blog. Ini disebabkan aku melalui hari-hari yang amat sibuk sepanjang 2 minggu yang lepas. Boleh dikatakan tiap-tiap hari balik malam (around 10 o'clock) bagi menyiapkan report Siasatan terhadap satu bahagian di Kementerian tempat aku menabur bakti. Punca balik lewat bukanlah disebabkan oleh aku (dan pasukan) yang tidak efisien. Tetapi ianya disebabkan oleh Sang Bos yang telah menyimpan report terlalu lama dan beliau seolah-olah macam tak reti nak semak report dan memaksa kami untuk duduk bersama-sama beliau di dalam bilik perbincangan dan me'review' semula dari awal muka surat sampai la muka surat terakhir report tersebut. Nasib baiklah makan malam disponsor oleh beliau dan secara tidak langsung aku telah dapat menjimatkan wang pendapatan sepanjang 2 minggu tersebut. Aku pun tak tau  la apa punye jenis bos yang tak pernah percaya langsung dengan kerja stafnya. Untuk rekod, team siasatan tersebut terdiri daripada seorang W48, seorang W44, seorang W41 (aku) dan seorang W27. Empat orang inilah yang turun padang untuk melaksanakan siasatan. Beliau (sang bos) hanya duduk di atas kerusi empuk di dalam biliknya tanpa memberikan arahan/hala tuju yang jelas. Bila report dah siap baru sibuk nak suruh carik itu ini. Kemon la, i hate this kind of bos.

Okla, cukup la setakat tu, next entry aku akan huraikan tabiat-tabiat bos di seluruh dunia. Actually, ada seorang sahabat aku (Sakinah binti Ishak) telah me'request' satu artikel berkenaan cara-cara untuk meng'handle' bos. Artikel tu aku dah draf sebahagian, tapi tertinggal kat dalam planner aku kat ofis. Berbalik kepada tajuk artikel iaitu "Lapor Diri", selain daripada melapor diri dalam blog setelah lama menyepi, pada hari ini juga sepatutnya aku kena melapor diri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Juruaudit W44 (M). Tapi, disebabkan hari ini kesihatan aku tidak mengizinkan, maka esok hari je lah aku pergi melapor diri. So, aku rase setakat ni je dulu artikel untuk kali ini. IshaAllah weekend ini aku akan come  out dengan beberapa artikel baru. 


Sunday, 15 July 2012

Pengenalan Kepada Efek Dan Distortion Gitar Elektrik


Bagi pemain gitar elektrik, efek dan distortion merupakan elemen yang tidak asing dan boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada permainan gitar mereka. Ini kerana, kedua-dua elemen ini akan memberikan kesan bunyi yang berbeza mengikut citarasa lagu yang ingin dimainkan. Oleh itu, seorang gitaris ulung bukan sahaja handal bermain gitar malah mempunyai trademark sound tersendiri yang membezakannya dengan gitaris lain. Sebab itulah kalau kita dengar lagu Nirvana, soundnya berbeza dengan lagu Avenged Sevenfold. Ia berbeza disebabkan setting yang mereka gunakan terhadap efek dan distortion tertentu. Masa zaman aku jamming dengan rakan-rakan sekolah dulu, aku memang langsung tidak arif tentang perkara ini. Yang aku tahu masa tu adalah masuk studio terus capai gitar untuk memainkan lagu yang ingin dijammingkan.

Lepas habis sekolah menengah, aku meng’explore’ sendiri pelbagai efek dan distortion untuk mengkaji hasil sound yang dikeluarkan. Tapi aku explore secara maya la pada masa tu sebab harga sebijik efek atau distortion ni agak mahal bergantung kepada jenisnya. Bila dah kerja barulah aku beli sendiri efek dan distrotion yang sering aku gunakan untuk memainkan lagu kesukaan. Oh, terlebih panjang pula opening statement kali ini.Hehe.So, entry aku kali ini akan menyentuh jenis-jenis efek atau distortion secara umum sebagai panduan kepada gitaris yang mencari kelainan dalam sound yang tersendiri.

Distortion
Bagi yang tidak tahu, lagu-lagu berentak keras dan padu seperti metal, hardcore, grunge dan rock memerlukan distortion untuk membolehkan sound asal gitar elektrik dipesongkan kepada sound yang lebih berat dan sebab itulah alat tersebut dinamakan sebagai ‘Distrotion’. Keberatan sesuatu sound  itu bergantung kepada jenis distortion yang digunakan dan setting yang digunakan terhadapnya selain daripada setting equaliser di amplifier. Selain faktor ini, pickup yang digunakan pada guitar juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sound. Namun, aku tidak berhajat untuk mengulas lanjut terhadap perkara tersebut (maybe next time) sebab entry ini lebih kepada pengenalan kepada jenis efek dan distortion secara umum. Berikut adalah beberapa contoh distortion yang berada di pasaran ketika ini.

a) Metal Core – produk daripada BOSS yang boleh dikatakan menghasilkan sound yang agak berat buat masa ini dengan bass yang mantap. Aku merupakan pengguna distortion ini.

BOSS Metal Core


b) Metal Master – produk daripada DIGITECH sebagai pesaing kepada BOSS Metal core. Aku pernah beli stompbox ni 2 tahun lepas, tapi dah jual kat adik aku sebab aku kurang minat dengan soundnya yang agak kering (lack of bass)

Digitech Metal Master


c) Metal Zone – juga produk daripada BOSS yang sangat terkenal satu masa dahulu (sebelum kehadiran Metal core dalam pasaran) di mana ia sering digunakan di studio-studio jamming. Bagi aku, sound yang dihasilkan memang best sebab ada knob middle yang membolehkan kita lebih memvariasikan kehendak shape sound yang diingini.

BOSS Metal Zone


d) DS1 – produk daripada BOSS.Cuma sound yang dihasilkan tidak berapa berat disebabkan pemesongan sound tidak secara major. Kurt Cobain Nirvana pakai stompbox ini dalam kebanyakan lagu-lagunya.

BOSS DS-1


Efek
Berbeza dengan distortion, efek merupakan pelengkap kepada distortion kerana tanpanya, sound yang dihasilkan mungkin agak kosong dan tidak padat dengan elemen-elemen tertentu. Sebenarnya boleh dikatakan agak banyak juga efek kalau aku nak terangkan satu persatu. Tapi aku memilih 3 jenis efek utama yang kebanyakan gitaris akan pakai dalam penghasilan sound mereka. Antaranya adalah:

a) Delay – Signal input yang dihasilkan akan direkod sementara dan dipantulkan semula mengikut setting yang kita buat. Kalau nak senang faham, cuba kalian dengar lagu-lagu 60an sebab kebanyakannya memang menggunakan efek ini sebagai efek utama.

Digitech Digidelay


b) Reverb – Sebagai memudahkan pemahaman, efek ini akan membuatkan sound anda seperti bergema berbanding sound yang agak flat sekiranya efek ini tidak digunakan. Ada satu jenis reverb yang dinamakan ‘Spring Reverb’ di mana sound yang dihasilkan seolah-olah memantul – mantul. Contoh terbaik untuk korang faham adalah lagu-lagu kumpulan ‘Kugiran Di Tepi Pantai’.

Digitech Digireverb


c) Chorus – Sound yang dihasilkan seolah-olah lagu dimainkan oleh 2 gitar pada masa yang sama. Sebagai contoh, lagu-lagi rock kapak pasti ada menggunakan efek ini ketika part  ‘verse’ dimainkan. Ataupun cuba kalian dengar lagu ‘Come As You Are’ Nirvana. Pasti kalian dapat bezakan sound gitar dengan chorus dan tanpa chorus.

Digitech Multi Chorus

Multi Effect
Penerangan aku di atas adalah merujuk kepada stompbox. Stompbox ni kalau nak mudah faham, menghasilkan satu jenis sound atau efek je. Biasanya dalam bentuk petak yang gitaris dok pijak-pijak masa tengah perform tu. Sebagaimana yang aku terangkan dalam intro, satu stompbox ni, kosnya yang agak tinggi (dalam RM200 – RM1,000++) bergantung kepada jenis atau brand. Jadi, kalau kita ni jenis yang nak explore sound dengan menggabungkan beberapa efek dan distortion, memang agak parah la dompet dan wang simpanan kita kelak. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan menggunakan multi effect. Multi effect ni boleh dikatakan kebanyakan distortion dan efek telah diprogramkan dalam satu gajet sahaja. Oleh itu, kos yang kita akan keluarkan mungkin tidak sebanyak sekiranya kita membeli beberapa stompbox. Masa zaman aku tengah gila mengexplore sound dulu, aku hanya menggunakan Multi Effect Digitech RP90 yang aku beli pada harga RM580 pada waktu itu. 

Digitech RP90


Ada seorang member aku ni (nama dirahsiakan), takdela hebat sangat pun main gitar tapi sembang kencang satu macam. Aku pernah teman dia pergi cari effect kat Bentley Music. Asalnya dia nak beli distortion BOSS Metalcore tapi aku hasut supaya beli Multi Effect Digitech RP90 sama macam aku. Tapi tak tau la sama ada dia dah ada sound sendiri ke belum sekarang. Emmm...dah takdak idea nak tulis lagi dah. So, nasihat kepada gitaris-gitaris yang baru nbak menceburkan diri tu, kalian cuba-cuba la dapatkan sound yang menunjukkan trademark sendiri. Kalau setakat handal main tapi sound hancur, memang tak jadi der. Bye. Ini antara stompbox dan efek yang aku guna (lihat di lantai).

Dari kiri - BOSS Metal Core, DIGITECH Grunge, BOSS Noise Supressor NS-2 dan DIGITECH Multi Effect RP90

Saturday, 14 July 2012

Panduan Membeli Gitar Akustik

Grrrrrreeenggg, sebelum tu layan dulu lagu Terukir Di Bintang (Yuna) ni dulu



Tujuan aku tulis entry ni sebab bila aku google kat internet pasal tips membeli gitar akustik ni, memang tersangatlah sedikit artikel berkenaan dengannya. Ada tu ada tapi tak banyak. So, untuk entry kali ni, aku nak bagi sedikit tips dalam membeli gitar akustik.

Ok, gitar akustik ni biasanya lebih dikenali sebagai gitar kapok. Actually, kapok tu adalah brand, tapi mungkin disebabkan die dah jadik household name (macam megi/colgate) tu yang orang dok panggil gitar kapok tu. Jadi, untuk memudahkan penerangan, aku akan pecahkan penerangan aku kepada dua bahagian iaitu Persediaan Umum dan Persediaan Khusus

Persediaan Umum:

1. Pastikan minat untuk main gitar tu ada sebab kalau takde minat dah tentu kalian nak beli piano/PS3/Audio CD Max 24:7 ye dak? 

2. Bila dah ada minat, pastikan kalian mempunyai bakat ke tidak. Caranya mudah, cuba try main gitar secara dummy dengan menggerakkan jari2 anda sambil berlatih menukar daripada satu chord ke satu chord yang lain. Bukan ape, kalo ikut pengalaman aku, minat ni kena disertai dengan bakat. Kalo x, susah nak jadik. Ade sorang membe aku ni (nama dirahsiakan) mmg minat gile nak blaja main gitar. 1st gitar die beli mase form 3 rasenye. Mase tu gitar kapok je beliau beli. Aku ingat sungguh2la die nak belaja. Sudahnye haghamm....lps tu yg x tahannye tu taon lepas die ajak aku gi bentley music (kedai gitar plg besar kat Malaysia yg terletak di sebelah IKEA) kononnye nak beli gitar baru utk blaja balik semula. Aku pon temanla die gi situ sambil mengesyorkan gitar ikut kemampuan die. Tapi rase2nye sehingga saat artikel ini ditulis, beliau masih lagi terkial2 nak petik chord A minor.

3. Pastikan kalian mempunyai bajet secukupnya. Aku syorkan kalian sediakan bajet dalam RM200 - RM400 (untuk beginner). Tapi kalo korang ni kire mmg dah bole main lepas berlatih gune gitar membe, bole la korang sediakan bajet dalam anggaran RM900 - RM1,500. Kalo kalian ni anak orang kaya, aku syorkan supaya x payah buat2 bajet ni. Sambar je gitar mane yang berkenan di hati kalian dan swap kad kredit bapak/mak kalian.

4. Bila korang dah konfiden yang korang ni bole main gitar & dah nekad untuk belajar bersungguh-sungguh, then barula korang leh decide nak beli gitar utk diri sendiri. Ok, part seterusnya aku akan terangkan sedikit tips untuk memilih gitar.

Persediaan Khusus:

1. Tentukan dulu korang nak main muzik camane. Kalo nak main lagu klasik, spanish style flamenco atau yang seangkatan dengannya dan memerlukan fingerstyle technique, korang kena beli classical guitar. Actually yang membezakan classical guitar  dengan acoustic guitar ni cuma daripada segi design die, string yang digunakan dan jarak antara string dan fret yang besar (fretboard lebar). 
2. Korang nak main kosong (bukan lagu Kosong Najwa Latif) tanpa amplifier (amp) atau nak sekali dengan amp? Amp ni yang kotak macam speaker tu. Senang cakap kire speaker untuk guitar la. Biasanya, perbezaan antara amp akustik dan amp alektrik adalah amp akustik berwarna coklat. Cuma, kalo korang nak main dengan amp ni, gitar kene ade pickup, x kisahla built in pickup atau external pickup. Yang mustahak memang kena ada sbb nak transfer signal getaran bunyi daripada gitar ke dalam bentuk sound yang keluar daripada amp. Tapi korang kenela cocok cable sbb kalo x cocok, sampai kumpulan Max 24:7 buat album yang ke-10 pon sound x klua2 daripada amp tu. Untuk makluman korang, aku punya gitar akustik adalah jenama Takamine ED26sc yang aku beli pada harga RM1,400 manakala amp aku adalah laney 10w yang aku beli pada harga RM400. So, kalo korang nak main gitar dengan amp, bole la sediakan bajet berdasarkan kos yang aku nyatakan tu.

3. Then, bile dah decide seperti di atas, korang kena tentukan sound camane yg korang minat sebab ia melibatkan pertimbangan korang dalam memilih jenis wood yang digunakan terhadap gitar tersebut. Biasanya wood yang digunakan untuk back & sides guitar adalah mahogany / rosewood. Daripada segi kualiti, aku rase dua2 pon same cume citarasa aku lebih kepada Rosewood. Tapi sebenanya banyak lagi jenis2 wood yang digunakan contohnya Meranti, Nato dll.
  • Top Spruce - bunyi lebih clear dan tepat
  • Top Cedar - bunyi lebih warm dan rilex
  • Back & Sides - Mahogany/Rosewood 
4. Korang kene dapatkan nasihat daripada pekerja kedai tu masa memilih gitar dan yang mustahak sekali korang kena try sendiri gitar and compare dengan beberapa gitar lain mengikut bajet korang barula dapat feel. Kalo ade membe yang tau pasal gitar ni korang ajakla sekali pastu belanjala beliau makan ke, sekotak rokok ke atau ape2 je la.
5. Then, bile dah puas hati beli la gitar yang korang dah pilih tu. Sebelum bayar korang suruh pekedai tu adjustkan dulu gitar korang contohnya luruskan neck ke, rendahkan jarak antara string dengan fretboard ke atau kalau gentle suruh die adjustkan skali amoi yang jadik sales assistant kat Bentley Music tu. Kalo rajin korang bole la try gi survey kat beberapa kedai gitar lain seperti Do Re Mi Music, Guitar Collection, YAMAHA Music (sekitar lembah Klang) atau di Sandman Guitar (Batu Pahat) dan C&M Music Centre (Johor Bahru).

6. Ini antara gitar akustik yang pernah aku pakai dari dulu sampai sekarang:

Gitar Kapok (Mase form 3) - RM100
Yamaha F310 (RM400)

Ibanez V72ece (RM580)






Takamine ED26sc (RM1,400) - latest

Friday, 13 July 2012

Percutian Di Pulau Perhentian

Percutian merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Segala bebanan kerja, kemenyampahan dengan bos dan perkara-perkara mazmumah yang lain akan ditinggalkan buat sementara waktu. Tapi kalo kalian anak orang kaya segala masalah tersebut akan ditinggalkan buat selama-lamanya (sampai mamfos) sebab kalian boleh bercuti ikut suke hati kalian.

So, untuk entry kali ni, aku nak citer pasal trip ke Pulau Perhentian pada 22 hingga 24 Jun 2012 yang lepas. Trip ini dianjurkan oleh kawan-kawan sekolah bini aku. Untuk rekod, bini aku merupekan ex-student MRSM YT Besut (1997-2001). Perjalanan bermula dari rumah pada jam 4.30 pagi menuju ke LCCT untuk menaiki flight pada jam 0650 ke Kota Bharu. Disebabkan duit tak berape nak banyak, terpaksela naik AIR ASIA yang terkenal dengan cogan kata "Everyone Can Fly". Sampai di Kota Bharu, aku sekeluarga + Aida (membe bini) menaiki kereta prebet sapu ke Besut. Sebelum menaiki speed boat di Jeti Kuala Besut, kitorang singgah dulu di rumah Tishah (pon membe bini gak) untuk berkumpul sambil menanti 2 family lagi sampai (keluarga Nina, keluarga Mekna dan Bulat). 

1st Day
Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami semua pun menaiki speed boat menuju ke Pulau Perhentian Kecil di mana perjalanannya mengambil masa selama setengah jam. Oleh sebab paling latest aku naik speed boat masa aku darjah 5, perasaan cuak menghantui aku. Bukan sbb aku terbayangkan hantu ke ape, tapi imajinasi aku waktu tu membayangkan ada raksaksa besar tiba-tiba keluar dari dasar laut dan memakan bot yang kami naik. Lantas aku membayangkan benda-benda yang indah seperti sedang menonton konsert kpop, makan popcorn sambil menonton filem kegemaran agar perasaan cuak dapat dineutralkan. Setibanya di jeti pulau, aku berasa sangat teruja dengan gadis-gadis yang sedang melepak di tepi pantai air laut yang tersangat jernih iaitu berwarna kehijauan. Di lobi resort Shari-la, kami berehat sebentar di sofa sementara menunggu urusan pendaftaran bilik. Oleh sebab haritu merupakan hari Jumaat, maka ada sorang membe bini aku tanya nak gi solat Jumaat ke tak. Lantas aku memberikan alasan bahawa aku belum mandi hadas musafir dan aku nak jamakkan solat zohor ngan asar je nanti. Aktiviti hari pertama cuma lepak2 tepi pantai ngan makan malam je.


Aku&Family Dalam Flight


Riri Suka




Riri jakon naik kapal terbang



Isteri dan Anak Tercinta


Family Day X-YT Besut
Makan Tengahari









































 2nd Day
Pagi tu hari kedua dimulakan dengan aktiviti snorkeling di sekitar pulau. Ade la dalam 4-5 port snorkeling yang diorang bawak. Aku rase ade dalam 3 jam jugakla snorkeling. Oleh sebab aku bawak anak kecik (mase tu umo riri baru 11 bulan lebih) maka kebanyakan masa aku dihabiskan kat atas speed boat sambil melihat bini aku dan rakan-rakannya snorkeling. Ade jugakla sekali sekala aku turun kejap dalam laut. Oleh sebab aku ni mmg handal berenang, maka dengan eksennya aku snorkeling x pakai life jacket pon (baca sebaliknya). Tapi nak cerita kat kalian betapa jernihnya air, aku ingat dalam 2 kilo dari persisiran pantai pon air masih jernih & aku still nampak dasar, batu karang dan ikan-ikanan dari atas bot dengan berbekalkan kaca mata Ray Ban Polarized aku. Aktiviti snorkeling berlanjutan sehingga tengah hari sebab balik je daripada snorkeling kitorang terus makan. Aktiviti petang disambung dengan aktiviti tido di bilik masing-masing dan lepas tu mandi pantai ketika menjelangnya dinihari. Seperti biasa, aku sebagai bapa mithali yang memegang/menjaga anak aku sambil membiarkan bini aku bersuka ria bersama teman-temannya. Aktiviti malamnya merupakan aktiviti feveret aku iaitu KARAOKE. Aktiviti tersebut dimulakan selepas makan malam. Cuma yang x bestnye sebab pilihan lagu agak terhad di mana lagu2 killer aku yang boleh membuatkan gadis-gadis mengalirkan air mata@terpikat tiada dalam list. Jadi, aku terpaksa "menyumbangkan" lagu-lagu yang ada sahaja seperti KISAH & TAULADAN-A.HALIM, SERULING ANAK GEMBALA-JEFRIDIN dll. Aktiviti karaoke berlanjutan sehingga jam 12 malam tanpa melibatkan sebarang aktiviti terkutuk seperti penzinaan, pemabukan dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Snorkeling

Jernih bukan airnya?

Riri yang takut air
Ayu berduet dengan suami beliau iaitu Pa

3rd Day
Hari terakhir trip. Aktiviti pada hari ketiga ini hanyalah sarapan sahaja dan seterusnya urusan checkout sambil menanti ketibaan speed boat yang akan membawa kami ke Jeti Kuala Besut semula. Seperti sebelumnya, imajinasi tentang raksaksa muncul lagi dalam fikiran aku ketika dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Besut. Akhirnya, kami tiba dengan selamat di jeti dan menuju ke rumah Tishah untuk berehat sementara menaiki flight yang dijadualkan pada pada jam 1850 hari itu. Keluarga-keluarga yang menetap di Terengganu telah pulang sejurus selepas mengambil kereta masing-masing yang diparking di rumah Tishah. Jadi yang tinggal hanyalah keluarga aku dan Aida sahaja untuk pulang ke KL demi mencari rezeki yang halal. Petang tu, kami dihantar oleh membe Tishah ke Airport Kota Bharu dan kami sampai ngam2 lebih kurang beberapa minti sahaja lagi sebelum gate ditutup. Tapi yang foulnye naik AIR ASIA ni adalah flight die asyik delay je. Flight balik aku delay sejam. Dalam hati aku menyumpah seranah Uncle Tony dan sekutu-kutunya sebab insiden tersebut. Dalam x sedar tu rupenye aku termaki skali insan-insan yg xde kene mengena seperti kumpulan Max 24:7 dan beberapa individu lain yang aku dah lupe dah. Selain tu, bajet time aku dah lari sebab esoknya tu aku nak kene outstesyen kat JB seminggu. Barang x kemas lagi. Nasib baikla aku ni x kaya, kalo x dah lama aku beli jet peribadi. So, sekian sajelah entry untuk kali ni pasal percutian. Kesimpulannya, aku bagi 4 daripada 5 bintang untuk Pulau Perhentian Kecil ni. Yang 1 bintang x cukup tu sebab lagu karaoke die x up to date. Bye...

Kata - kata Aluan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera (salam pendahuluan yang selalu aku guna kalo nak tulis emel)

Aku pun tak tau macam mane blog ni bole tercipta. Yang aku ingat last sekali main netbook aku tadi ialah anak aku. Mungkin beliau main tekan-tekan kekunci netbook aku dan lantas tercipta blog ini tanpa sengaja. Oleh sebab blog ini telah dibuat, maka agak menarik jugak kalau aku cuba untuk menukilankan apa-apa yang terlintas, melintas, menetas mahupun mentestis di pikiran aku. Walau ape pun, blog ini hanyalah  blog peribadi semata-mata yang mana posting-postingnya nanti mungkin akan membosankan kalian. Yerla, nama pun blog peribadi ye dak, mestila cerita pun pasal aku, keluarga, rakan, kucing, minat aku, hobi aku, anak aku, bini aku, kawan-kawan tempat keje aku bla bla bla..Aku ni sebenarnya suka menganalisis senario politik malaysia sekarang. Tapi aku tak berhajatla nak buat apa-apa entry berkaitan politik dalam blog ni.....Emmm, aku berenti setakat ni dulu la. Nak gi makan jap nasik lemak lauk sotong yang aku beli kat pasar malam pukul 6.12 p.m tadi. Sekarang ni dah pukul 8.50 p.m, jadi baik aku gi makan sebelum basi.So, sekian saja untuk first posting dalam blog ni..Amacam best x?