Sunday, 15 July 2012

Pengenalan Kepada Efek Dan Distortion Gitar Elektrik


Bagi pemain gitar elektrik, efek dan distortion merupakan elemen yang tidak asing dan boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada permainan gitar mereka. Ini kerana, kedua-dua elemen ini akan memberikan kesan bunyi yang berbeza mengikut citarasa lagu yang ingin dimainkan. Oleh itu, seorang gitaris ulung bukan sahaja handal bermain gitar malah mempunyai trademark sound tersendiri yang membezakannya dengan gitaris lain. Sebab itulah kalau kita dengar lagu Nirvana, soundnya berbeza dengan lagu Avenged Sevenfold. Ia berbeza disebabkan setting yang mereka gunakan terhadap efek dan distortion tertentu. Masa zaman aku jamming dengan rakan-rakan sekolah dulu, aku memang langsung tidak arif tentang perkara ini. Yang aku tahu masa tu adalah masuk studio terus capai gitar untuk memainkan lagu yang ingin dijammingkan.

Lepas habis sekolah menengah, aku meng’explore’ sendiri pelbagai efek dan distortion untuk mengkaji hasil sound yang dikeluarkan. Tapi aku explore secara maya la pada masa tu sebab harga sebijik efek atau distortion ni agak mahal bergantung kepada jenisnya. Bila dah kerja barulah aku beli sendiri efek dan distrotion yang sering aku gunakan untuk memainkan lagu kesukaan. Oh, terlebih panjang pula opening statement kali ini.Hehe.So, entry aku kali ini akan menyentuh jenis-jenis efek atau distortion secara umum sebagai panduan kepada gitaris yang mencari kelainan dalam sound yang tersendiri.

Distortion
Bagi yang tidak tahu, lagu-lagu berentak keras dan padu seperti metal, hardcore, grunge dan rock memerlukan distortion untuk membolehkan sound asal gitar elektrik dipesongkan kepada sound yang lebih berat dan sebab itulah alat tersebut dinamakan sebagai ‘Distrotion’. Keberatan sesuatu sound  itu bergantung kepada jenis distortion yang digunakan dan setting yang digunakan terhadapnya selain daripada setting equaliser di amplifier. Selain faktor ini, pickup yang digunakan pada guitar juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sound. Namun, aku tidak berhajat untuk mengulas lanjut terhadap perkara tersebut (maybe next time) sebab entry ini lebih kepada pengenalan kepada jenis efek dan distortion secara umum. Berikut adalah beberapa contoh distortion yang berada di pasaran ketika ini.

a) Metal Core – produk daripada BOSS yang boleh dikatakan menghasilkan sound yang agak berat buat masa ini dengan bass yang mantap. Aku merupakan pengguna distortion ini.

BOSS Metal Core


b) Metal Master – produk daripada DIGITECH sebagai pesaing kepada BOSS Metal core. Aku pernah beli stompbox ni 2 tahun lepas, tapi dah jual kat adik aku sebab aku kurang minat dengan soundnya yang agak kering (lack of bass)

Digitech Metal Master


c) Metal Zone – juga produk daripada BOSS yang sangat terkenal satu masa dahulu (sebelum kehadiran Metal core dalam pasaran) di mana ia sering digunakan di studio-studio jamming. Bagi aku, sound yang dihasilkan memang best sebab ada knob middle yang membolehkan kita lebih memvariasikan kehendak shape sound yang diingini.

BOSS Metal Zone


d) DS1 – produk daripada BOSS.Cuma sound yang dihasilkan tidak berapa berat disebabkan pemesongan sound tidak secara major. Kurt Cobain Nirvana pakai stompbox ini dalam kebanyakan lagu-lagunya.

BOSS DS-1


Efek
Berbeza dengan distortion, efek merupakan pelengkap kepada distortion kerana tanpanya, sound yang dihasilkan mungkin agak kosong dan tidak padat dengan elemen-elemen tertentu. Sebenarnya boleh dikatakan agak banyak juga efek kalau aku nak terangkan satu persatu. Tapi aku memilih 3 jenis efek utama yang kebanyakan gitaris akan pakai dalam penghasilan sound mereka. Antaranya adalah:

a) Delay – Signal input yang dihasilkan akan direkod sementara dan dipantulkan semula mengikut setting yang kita buat. Kalau nak senang faham, cuba kalian dengar lagu-lagu 60an sebab kebanyakannya memang menggunakan efek ini sebagai efek utama.

Digitech Digidelay


b) Reverb – Sebagai memudahkan pemahaman, efek ini akan membuatkan sound anda seperti bergema berbanding sound yang agak flat sekiranya efek ini tidak digunakan. Ada satu jenis reverb yang dinamakan ‘Spring Reverb’ di mana sound yang dihasilkan seolah-olah memantul – mantul. Contoh terbaik untuk korang faham adalah lagu-lagu kumpulan ‘Kugiran Di Tepi Pantai’.

Digitech Digireverb


c) Chorus – Sound yang dihasilkan seolah-olah lagu dimainkan oleh 2 gitar pada masa yang sama. Sebagai contoh, lagu-lagi rock kapak pasti ada menggunakan efek ini ketika part  ‘verse’ dimainkan. Ataupun cuba kalian dengar lagu ‘Come As You Are’ Nirvana. Pasti kalian dapat bezakan sound gitar dengan chorus dan tanpa chorus.

Digitech Multi Chorus

Multi Effect
Penerangan aku di atas adalah merujuk kepada stompbox. Stompbox ni kalau nak mudah faham, menghasilkan satu jenis sound atau efek je. Biasanya dalam bentuk petak yang gitaris dok pijak-pijak masa tengah perform tu. Sebagaimana yang aku terangkan dalam intro, satu stompbox ni, kosnya yang agak tinggi (dalam RM200 – RM1,000++) bergantung kepada jenis atau brand. Jadi, kalau kita ni jenis yang nak explore sound dengan menggabungkan beberapa efek dan distortion, memang agak parah la dompet dan wang simpanan kita kelak. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan menggunakan multi effect. Multi effect ni boleh dikatakan kebanyakan distortion dan efek telah diprogramkan dalam satu gajet sahaja. Oleh itu, kos yang kita akan keluarkan mungkin tidak sebanyak sekiranya kita membeli beberapa stompbox. Masa zaman aku tengah gila mengexplore sound dulu, aku hanya menggunakan Multi Effect Digitech RP90 yang aku beli pada harga RM580 pada waktu itu. 

Digitech RP90


Ada seorang member aku ni (nama dirahsiakan), takdela hebat sangat pun main gitar tapi sembang kencang satu macam. Aku pernah teman dia pergi cari effect kat Bentley Music. Asalnya dia nak beli distortion BOSS Metalcore tapi aku hasut supaya beli Multi Effect Digitech RP90 sama macam aku. Tapi tak tau la sama ada dia dah ada sound sendiri ke belum sekarang. Emmm...dah takdak idea nak tulis lagi dah. So, nasihat kepada gitaris-gitaris yang baru nbak menceburkan diri tu, kalian cuba-cuba la dapatkan sound yang menunjukkan trademark sendiri. Kalau setakat handal main tapi sound hancur, memang tak jadi der. Bye. Ini antara stompbox dan efek yang aku guna (lihat di lantai).

Dari kiri - BOSS Metal Core, DIGITECH Grunge, BOSS Noise Supressor NS-2 dan DIGITECH Multi Effect RP90

1 comment:

  1. Nice artikel bro, salam kenal dan mohon izinkan saya berbagi link buat yg ingin memperdalam gitar secara lengkap dalam berbagai tehnik dan mengunduh materi untuk pemula, blues, jazz dlm bhs Indonesia silahkan kunjungi www.gitarzoom.blogspot.com
    trims

    ReplyDelete