Credit to sabreehussin.com |
Bila
aku baca tajuk entry ni aku pun jadi keliru betul atau tidak perkataan tersebut
digunakan. Ataupun ia berbunyi begini “ Pengalaman Bersekolah Pada Hari Pertama”?.Ah,
tak kisahla apa tajuk yang digunakan sekalipun, asalkan maksudnya sampai ye
tak. Hai kalian,apa khabar semua?Nampaknya bulan Syawal telah meninggalkan kita
dan kini menyusul pula bulan Zulkaedah iaitu bulan yang ke 11 dalam turutan
bulan Islam. Macam mana sambutan Syawal kalian pada tahun ini?Adakah berat
badan kalian telah meningkat sekurang-kurangnya 5 kilogram atau lebih? Baiklah,
entry kali ini aku nak kongsikan pengalaman hari pertama aku bersekolah (Darjah
1) kepada kalian. Untuk pengetahuan kalian, aku ni mungkin dianugerahkan
ingatan yang kuat sebab aku masih boleh ingat satu persatu setiap saat hari
pertama persekolahan aku di Darjah 1. Sebelum aku teruskan, aku ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah sebab
menyekolahkan aku, memberikan aku ilmu, mendidik dan memberikan aku segala
kelengkapan dan keperluan untuk aku hidup sampai la aku dah ada duit sendiri.
Ceh, tetibe teremosi plak. Ayuh teruskan membaca.
Pada
pagi hari pertama bersekolah, aku dikejutkan oleh ibu seawal jam 6.00 pagi. Aku
bangun-bangun je, lagu “Memburu Rindu (Hattan)” berkumandang di corong radio.
Pada waktu tu memang aku tak tahu tajuk lagu tu, yang boleh membuatkan aku
ingat adalah bait liriknya yang berbunyi “Ku genggam angin semalam, ku simpan jadi
nyanyian, ku peluk bayang hitamku, menjadi kamus mimpiku”. So, setelah 21 tahun
barulah aku tahu yang tajuknya adalah “Memburu Rindu” setelah aku google
sebentar tadi. Lepas mandi-mandi semua dan tanpa mengerjakan solat subuh, buat
kali pertama aku memakai seragam sekolah iaitu kemeja putih berserta seluar
panjang biru bergetah tanpa jenama. Untuk makluman kalian, aku tak pernah
memakai seluar sekolah pendek sejak Darjah 1 hinggalah Darjah 6. Mungkin
daripada situ, ciri-ciri keimanan dan bakal imam muda dah terpancar pada wajah
dan penampilanku walaupun tak solat subuh, zuhur, asar, maghrib, isha’ mahupun
solat Jumaat. Tapi takpelakan, dah tentula masa tu aku belum mimpi lazat lagi,
so kira tak berdosa la kan. Ok, lepas dah siap-siap semua (termasuk memakai
minyak rambut code10 kaler biru dan menyikat rambut belah tepi), ayah aku pun
hantar pergi sekolah dengan menaiki motosikal kapcai model Y80 keluaran Yamaha.
Sesampainya
aku di pintu pagar sekolah, ayah menurunkan aku dan mem’parking’kan motosikal
beliau. Lepas tu, beliau bawa aku menuju ke kelas aku iaitu 1 Usaha. Aku yang
sememangnya dah teruja nak ke sekolah apatah lagi melihat gadis-gadis comel
yang memakai gaun serta rambut bertocang dah tak mempedulikan keadaan
sekeliling. Di luar kelas, aku masih ingat ramai ibu bapa menunggu anak
masing-masing. Mungkin juga ada sebahagiannya yang dah blah termasuklah ayah
aku. Cis, waktu tu aku dah menggelabah semacam je sebab tengok ayah aku dah tak
kelihatan. Tapi aku buat-buat cool demi nak tunjuk macho di depan gadis-gadis
comel yang sekelas dengan aku. Pada hari pertama tu yang aku ingat memang takde
belajar apa-apa. Setakat belajar nak ucap selamat kalau cikgu/guru besar masuk,
sesi berkenalan (ice breaking la kononnya) dan sesi borak-borak dengan member
sebelah.
Setibanya
waktu rehat, aku dah jadi hilang akal sebab aku mana la ada pengalaman beli
barang/makanan sendiri. Sebelum-sebelum tu pun ibu atau ayah aku yang belikan
kalau aku nak Tora ke, Ding Dang ke. So, aku pun ikut la arus budak-budak ke
kantin. Di kantin, memang ramai mak bapak yang ada temankan anak-anak diorang,
maklumlah first time nak beli sendiri. Walaupun ayah ada membekalkan aku duit
belanja syiling RM1 yang kaler emas tu, tapi aku hanya sekadar berdiri terpacak
di depan tiang beratur tempat beli makanan tu sambil memandang makcik yang jual
nasi lemak tu. Yang hampehnya makcik jual nasi lemak tu langsung tak nak tanya
aku “Adik nak beli apa?”ke “Adik nak makan apa?” ke atau sekurang-kurangnya “Adik
ni cute la, nak jadik menantu makcik tak?” . Nasib baiklah ada sorang pakcik ni
tak tau bapak sapa ntah yang belikan aku makanan. Dia belikan aku nasi lemak
sepinggan berharga 30 sen dan segelas air sirap berharga 10 sen. Murah bukan
harga makanan pada waktu tu?. Aku pun keluarkan syiling RM1 kaler emas tu nak
bayar balik duit beliau, tapi beliau kata “takpe, pakcik belanja. Adik ni cute sangat
sebab tu pakcik belanja”. Ayat kedua tu aku saja tambah-tambah. Aku pun makan
la dengan pakcik tu dengan anak dia. Anak dia ni perempuan tapi aku rasa budak
kelas lain sebab tak nampak pun muka dia dalam kelas aku. Tapi memang comel la
anak pakcik ni, kira macam muka Ayu Raudhah masa kecik-kecikla. Agaknya pakcik
tu nak jadikan aku menantu beliau kot berdasarkan rupa paras aku yang comel
ketika itu ditambah pula dengan sifat-sifat imam muda wannabe.
Habis
waktu rehat, aku pun masuk kelas semula. Masa tu kebanyakan mak bapak dah balik
dah. Mungkin diorang cuma tunggu anak-anak diorang sampai rehat je kot. Tak
lama lepas kitorang masuk kelas lepas waktu rehat tu, adalah sorang budak
perempuan ni (aku tak ingat nama dia) tiba-tiba
berlari keluar kelas dan mencangkung kat longkang tepi kelas tu. Dia ni pakai
baju gaun so dengan keadaan dia mencangkung kat longkang tu aku dah agak dia
tengah berak. Cikgu plak lepas tu terus kelam kabut nak setelkan budak
perempuan tu. So, bila cikgu tengah setelkan budak tu (mungkin bawak pergi
tandas nak cebok), kitorang yang tinggal dalam kelas ni pun berborak sakan.
Yang pastinya mestilah bukan berborak pasal politik mahupun isu-isu semasa.
Akhirnya,
loceng yang menandakan waktu balik pun berbunyi. Sekali lagi aku mati kutu
sebab tak tau ke mana hendak dituju. Ayah aku ni pun satu hal jugak, sebelum
blah tadi tu patutnya bagitau la dulu nak suruh aku tunggu kat mana. Nasib baik
aku ni cerdik, terus aku menuju ke arah kantin kot-kot ayah aku tunggu kat
situ. Aku pun tunggu la sorang-sorang kat kantin tu. Masa mula-mula sampai,
ramai la jugak budak-budak tengah tunggu mak bapak diorang. Tapi lepas
satu-satu balik, ayah aku tak sampai-sampai jugak sampaila tinggal aku
sorang-sorang kat kantin tu. Sambil menunggu tu, aku teringat yang duit belanja
aku (syiling RM kaler emas) tu masih ada dalam poket seluar aku lagi. Kebetulan
plak kat kantin tu ada vending machine yang jual air kotak. Aku pun pergi la
kat mesin tu dan tengok dia tulis simbol $1. Aku pun membandingkan simbol atas
syiling kaler emas aku dan aku dapati ianya sama. Disebabkan pada masa tu aku
ni masih bodoh matematik lagi, lantas aku memasukkan syiling tersebut atas
dasar simbol yang tertera adalah sama sambil berharap air kotak soya yang aku
tekan akan turun ke lubang bawah mesin tu. Ternyata, harapan aku dimakbulkan
Allah. Cuma, ayah aku je ni yang tak sampai-sampai lagi. Dalam hati aku kata
mesti dia ni lupa kot anak dia dah sekolah atau lebih parah lagi kalau beliau
masih berhibur di Pusat Snuker berdekatan bersama rakan-rakan sebab menganggap
dirinya masih bujang. Ke’cool’an aku hampir hilang tatkala perasaan sedih telah
melanda diri aku sebab ayah aku tak sampai-sampai lagi sehingga menyebabkan aku
menangis mengeluarkan air mata. Tak lama lepas aku nangis tu, barulah ayah aku
sampai dengan muka tak bersalah dia tu sambil melambai-lambai memanggil aku.
Jadi itulah, pengalaman hari pertama aku bersekolah. Apa yang aku cerita ni
memang cerita benar kecuali ada la yang aku tokok tambah sikit-sikit sebagai
penyedap cerita. Sekian.
Citer ni sgt best.. Boleh buat aku gelak walaupun tgh risau sbb ank dmm. Tq.
ReplyDeleteThanx tiha, rajin2 le singgah ke blog picisan ini utk berhibur
ReplyDelete