Hai,
apa khabar kalian? Adakah kesihatan kalian berada pada tahap yang
memuaskan?Bagi yang sudah mencecah umur 40, adakah kalian sudah mula menjalani
pemeriksaan kesihatan secara berkala? Bagi kalian yang sering bersekedudukan
dengan teman wanita mahupun yang berkongsi jarum suntikan, sudahkah kalian
menjalani pemeriksaan HIV?. Baiklah, entri kali ini akan meyentuh tentang
tabiat-tabiat manusia di alam facebook.
Pasti kalian tertanya-tanya mengapa introduction saya tiada kaitan langsung
dengan topik yang saya ingin kupas pada kali ini bukan? Sebenarnya, saya malas
nak google sejarah penciptaan Facebook mahupun sejarah hidup Mark Zuckerberg
sebab itulah saya membuat intro seperti itu. Ayuh, check it out!
Setelah
membuat sedikit kajian dan pemerhatian terhadap gaya rakan-rakan facebook saya
menggunakan facebook masing-masing, saya telah mengenal pasti beberapa tabiat
yang seringkali diamalkan ketika sedang berfesbuk itu seperti berikut:
Mengemas Kini Status Diri
Sendiri Pada Setiap Masa
Golongan
ini merupakan seorang yang kerap mengemaskini (update) status atau aktiviti
yang sedang dilakukan pada setiap masa. Kadangkala setiap minit, setiap jam
ataupun setidak-tidaknya setiap hari. Antara status – status yang acapkali di’post’
di wall mereka adalah seperti “Saya tengah berak“ , “Saya sedang beristinjak”, “Saya
tengah korek hidung“ , “Sedang membersihkan najis hamster peliharaan“ dan “ Sedang solat “.
Mungkin golongan ini berpandangan bahawa setiap rakan – rakan beliau ingin
mengetahui setiap saat aktiviti mereka dan secara tidak langsung akan
meningkatkan rating profile viewers mereka. Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi
kesalahan sekiranya prinsip “Wall aku, aku punya suka la” diikuti oleh semua
golongan masyarakat.
Mengemas Kini Status
Anak Pada Setiap Masa
Status
ini seringkali di’post’ oleh golongan – golongan ibu sebagai tanda kasih sayang
yang tidak berbelah bahagi kepada anak atau cahaya mata masing-masing. Sebagai
contoh,”Athirah sedang mandi”, “My
Prince / Princess sedang bermain masak-masak”, “Ziyad Nora Azuan (bukan nama
sebenar) jatuh longkang”, “Syed Hussin berak-berak sebab saya terbubuh julap
dalam susu beliau” dan “Kepala Sabrina termasuk dalam lubang jamban ketika
beliau baru nak berak kat tandas duduk”. Ada juga kaum – kaum ibu mahupun bapa
yang gemar memuat naik gambar anak masing-masing di dalam facebook (saya juga
kadangkala melakukannya) bagi menunjukkan kepada masyarakat. Pada pandangan
peribadi saya, perkara ini tidak salah sekiranya ia dibuat sekali sekala, namun
sekiranya di’update’ setiap saat, jam mahupun hari mungkin boleh mendatangkan
kejelekan kepada masyarakat sekeliling.
Mengambil Gambar Sendiri
Dari Sudut Atas Sambil Membuat Mulut Itik
Berdasarkan
pemerhatian saya, perkara ini seringkali dilakukan oleh remaja-remaja dalam
lingkungan umur 12 ke 20 tahun atau lebih. Sehingga saat entri ini ditulis,
saya masih belum berjumpa golongan belia yang lebih berusia apatah lagi
golongan emas yang menggunakan gambar seperti yang dinyatakan sebagai profile
picture masing-masing. Tapi saya kurang pasti la kalau di luar sana (pengguna
facebook satu dunia). Mungkin gambar-gambar seperti ini sudah menjadi trend
kerana mereka merasakan yang adalah sangat cool jika diletakkan sebagai profile
picture masing-masing.
Medan Untuk Mengumpat /
Mencaci / Mengutuk Bos
Baiklah,
ini merupakan cara penggunaan facebook yang amat berbahaya kerana kadangkala
kita terlupa mungkin ada di kalangan rakan – rakan kita yang membaca kutukan,
makian mahupun cercaan yang dilemparkan terhadap bos dan seterusnya melaporkan
perkara tersebut kepada empunya diri. Walaupun kadangkala kita tidak menulis
secara spesifik nama bos tersebut, namun ia boleh mendatangkan persepsi negatif
bos terhadap kalian. Antara kutukan dan cercaan yang sering saya lihat adalah
seperti “ Tak payah tunjuk bagus sangat la, bukannya ko yang buat kerja pun” . “Bodo
la ko ni, baik tak payah jadi bos” atau lebih parah lagi sekiranya post yang
ditulis di wall berbunyi seperti ini “ Ko ni memang babi la bos”. Ya, saya
faham mungkin kalian ini seorang yang panas baran dan outspoken di mana
kadangkala perasaan marah itu gagal dibendung dan tiada tempat untuk diluahkan.
Oleh itu, saya cadangkan agar dibuat satu private group di mana ahli-ahlinya
adalah rakan sepejabat kalian (pastikan tiada spy) agar segala luahan perasaan
dan ketidakpuashatian dapat dilontarkan. Tapi itu merupakan cadangan saya versi
setan la, kalau cadangan saya versi imam muda, kalian banyak-banyakkanlah
istighfar dan solat sunat di samping tidak meninggalkan solat wajib 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan serta menunaikan zakat harta dan zakat fitrah.
Medan Mencari Jodoh
Jika
di sekitar pertengahan 90an dahulu, ruangan chatting MIRC sering digunakan oleh
masyarakat terutamanya golongan muda mudi dan pelajar sekolah untuk mencari
jodoh atau teman wanita / lelaki masing-masing. Bagaimanapun, setelah wujudnya
Facebook ciptaan Mark Zuckerberg ini, ruangan chatting MIRC seakan berkubur dan
tidak semeriah dahulu kerana antara muka Facebook yang lebih canggih dan mesra
pengguna. Selain dilengkapi dengan mode untuk berchatting, masyarakat juga
boleh memuat turun gambar-gambar kalian yang engsem,comel, cute, lawa dan
kadangkala yang buruk atau hodoh ke dalam aplikasi tersebut. Bagaimanapun,
sekiranya kalian ini seorang yang engsem, pastikan kalian berhati –hati kerana
dikhuatiri akan di’stalk’ oleh golongan gay, maknyah mahupun bapok. Antara
perbualan yang boleh dikenal pasti sekiranya anda diikuti oleh golongan ini
adalah seperti perbualan berikut:
Matt
: Hye Nora, how r u doing?
Nora
Azuan : I’m doing good, how about you?
Matt
: Me too. Hmm... nice balls huh?
Nora
Azuan : What??
Matt
: Err...I mean your eye ball
Oleh
itu, sekiranya anda cuba didekati oleh golongan ini, ketahuilah bahawa jantan
tersebut cuba melakukan gangguan seksual terhadap anda. Untuk makluman kalian
juga, En Nora Azuan (rujuk gambar di bawah) dalam perbualan di atas adalah merupakan sepupu saya dan
beliau mempunyai raut wajah yang engsem. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau
seringkali di’approach’ oleh bukan sahaja kaum wanita malah golongan gay, bapok
dan LGBT.
Baiklah,
itu merupakan antara beberapa contoh hasil daripada pemerhatian saya terhadap
cara penggunaan facebook di kalangan rakan-rakan saya. Mungkin ada banyak lagi
yang boleh dikupas. Entri ini bukan bertujuan untuk mengondem sesiapa, ia lebih kepada kajian mini atau observation sahaja. Disebabkan masa tidak mengizinkan maka saya
terpaksa mengundurkan diri buat sementara waktu. Hello babai...
No comments:
Post a Comment