Pi Jay atau 'PJ' seringkali dirujuk sebagai 'Petaling Jaya', 'Pergi Janaham', Perempuan Joget', 'Pipit Jantan' atau pun kadangkala digunakan sebagai carutan iaitu 'P****k J**o' ketika setan telah merasuk kalian. Bagi penduduk Kuala Terengganu pula, terdapat satu tempat yang turut dipanggil nama timangan 'PJ' bagi merasai suasana ke'KL'an. Bagaimanapun, tempat tersebut merujuk kepada Permint Jaya yang juga merupakan kampung isteri saya. Cukuplah intro setakat itu dan entri kali ini sudah pasti tiada kene mengena dengan apa yang saya 'repekkan' di atas sekiranya kalian peka dengan tajuk entri ini.
Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, istilah 'PJ' lebih sinonim dengan Pendidikan Jasmani yang merupakan sebuah subjek pelajaran wajib bagi Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara. Selain subjek Matematik, subjek ini merupakan subjek kegemaran saya kerana tidak perlu duduk di atas bangku kayu di dalam kelas sambil melihat guru menulis di papan hijau. Kebiasaannya, pelajar akan beraktiviti di padang sekolah dengan berpakaian baju sukan mengikut rumah masing-masing. Aktiviti tersebut merangkumi bermain bola sepak bagi pelajar lelaki, bermain bola jaring (bagi pelajar perempuan) dan bermain bola sendiri bagi pelajar yang meragui status jantinanya.Haha, gurau je. Kalau kelakar, bolehlah kalian ketawa. Tapi, kalau sebaliknya, teruskan membaca perenggan berikutnya.
Kisah yang ingin saya ceritakan ini adalah satu peristiwa ketika saya berada di dalam darjah 1 kira-kira 19 tahun yang lepas. Pada hari tersebut merupakan hari PJ dan kebiasaannya saya akan terus memakai baju PJ di lapis dalam kemeja seragam berwarna putih yang wajib dipakai oleh pelajar sekolah. Untuk rekod, saya telah ditempatkan di rumah kuning dengan nama rumah 'Rajawali'. Menurut cikgu yang mengetuai rumah kuning, nama 'Rajawali' digunakan dengan harapan agar rumah-rumah lain gentar dengan pasukan kami ketika bertanding dalam acara olahraga tahunan ataupun sukan bola sepak. Bagaimanapun, disebabkan saya telah dilahirkan sebagai seorang yang genius seperti Adi Putra yang pandai matematik tu, saya mempersoalkan penerangan guru tersebut. Perbualannya seperti berikut:
Cikgu A : Kamu harus berbangga sebab berada dalam rumah Rajawali sebab rumah-rumah lain akan gentar dengan pasukan kita.
Saya : Apa yang nak gentarnya cikgu, kan Rajawali tu burung kecik je. Lainla rumah biru tu. Nama diorang Garuda.
Cikgu A : Kamu apa tau, kamu belum sunat lagi.
Saya : Cikgu dah sunat?
Cikgu A : Jap cikgu check. Oh, dah sunat rupanya.
Perbualan seterusnya tidak perlu diceritakan kerana ia lebih kepada perbualan man to man antara saya dan cikgu tersebut.
Ok, berbalik pada cerita asal, pada hari tersebut saya terlupa untuk membawa baju PJ dan seluar track ke sekolah disebabkan ibu saya terlupa untuk menyiapkan pakaian tersebut untuk saya. Setibanya waktu PJ pada hari tersebut, saya dengan selamba bersama rakan-rakan yang lain menuju ke padang sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bermain bola sepak walaupun saya sedar bahawa saya tidak membawa baju PJ.
Dengan berbekalkan hasrat untuk bermain di posisi kegemaran saya iaitu posisi 69..eh silap, posisi wing/sayap, kami pelajar lelaki tidak termasuk pelajar perempuan dan pelajar bapok telah mengambil posisi masing-masing di atas padang. Bagaimanapun, belum sempat kick off dimulakan, satu wisel dibunyikan disertai dengan perkataan "sape yang tak bawak baju PJ, berkumpul di sini". Saya dan beberapa pelajar yang tidak membawa baju PJ (tak ingat berapa lelaki, berapa perempuan) dengan muka yang ketakutan menuju ke tempat berkumpul. Sejurus tiba, cikgu mengajukan soalan kepada kami mengapa tak bawa baju PJ. Disebabkan saya merupakan pelajar yang terkenal dengan kepetahan berkata-kata di peringkat kelas mahupun sekolah, maka saya orang pertama yang menjawab soalan tersebut. Sambil membuat memek muka yang comel seperti wajah eron ajis ketika kanak-kanak agar cikgu tidak mendenda kami, saya menjawab dengan penuh kejujuran "Mak saya terbuat kain buruk lap muntah adik saya pagi tadi cikgu". Tanpa diduga, jawapan tersebut rupanya telah mengundang kemarahan cikgu walaupun pada waktu tersebut saya merasakan bahawa cikgu pasti bersimpati dengan nasib yang menimpa baju PJ saya.
Akhirnya, kami semua didenda akibat tidak membawa baju PJ ketika waktu PJ. Macam pelik je ayat ni. Ok tak mengapa, teruskan membaca. Denda yang dikenakan oleh cikgu tersebut adalah pelajar lelaki perlu membuka baju dan singlet (jika ada) dan hanya berlengging sahaja manakala pelajar perempuan juga perlu membuka baju tetapi tidak perlu membuka coli atau singlet. Eh sekejap, ada ke budak darjah 1 yang dah pakai coli?. Disebabkan waktu tersebut masih pagi (sekitar pukul 8.45 pagi), saya merasa agak sejuk setelah menanggalkan kemeja seragam. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai sedikit perasaan malu memandangkan dapat juga saya menayangkan tubuh badan saya yang tegap ala-ala Matt Damon disertai dengan 6 pack yang dilukis dengan menggunakan pen marker. Ada sorang budak perempuan yang tak bawak baju PJ ni, dia tak pakai singlet. So, tanpa exception, beliau juga terpaksa menanggalkan baju kurung putih yang beliau pakai walaupun tiada singlet sebab arahan cikgu mudah, "lelaki bukak baju dan siglet, perempuan bukak baju sahaja". So, nasib la kalau sapa-sapa budak perempuan yang tak pakai singlet ye tak. Takkan dia nak bukak kulit badan dia pulak. Saya tak ingat sapa dan nama budak perempuan tu. Kalau beliau baca entri ini dan ingat kejadian tersebut, sila maklumkan kepada saya.
Saya sebenarnya tak kisah sebab kene denda macam tu, tapi yang saya kisah sebab semua pelajar yang didenda tidak dibenarkan bermain pada waktu PJ tersebut. So, terpaksalah saya jadi budak pengutip bola sambil melihat posisi kegemaran saya diambil alih oleh Muhammad Nur Firdaus yang mana akhirnya saya telah mengatasinya dalam perebutan tempat sebagai pemain sayap kanan dalam kesebelasan utama skuad bola sepak sekolah.
Jadi, itulah kali pertama dan kali terakhir saya didenda sewaktu mata pelajaran PJ. Lepas-lepas daripada tu, saya telah membawa baju PJ setiap hari supaya hasrat saya untuk bermain bola sepak tidak terbantut dek kerana ditegah oleh cikgu sebagai denda tidak membawa baju PJ. Sekian.
Bagus ingatan en que..boleh ingat citer2 lama..ada tips x?
ReplyDeleteSaudari Noor Fatihah:
DeleteAda,saudari boleh amalkan tips2 berikut:
1. Jangan makan semut banyak sangat. Kuih semut takpe
2.Jangan makan/minum benda2 yang berangin contohya kipas angin atau minyak angin
3. Jangan banyak makan asam. Tapi kalau nak minum air asamboi takpe
Aku rs ko ni dh terjadi bodoh bangan la bro.. kalu otak dh rosak baik kau jgn libatkn institusi pendidikan. Nt jd celaka ko...bodoh. undang2 sistem pendidikan ms tu cg pempuan ajar pj bdk pempuan. Yg cg laki ajar pj bdk laki. Yg ko tokok tambah tu sbb nk naikkan ghairah setan ko tu. Cm celaka la ko budak.
ReplyDeleteSampai hati bro anonymous ( bagi la nama lain kali bang ) maki2 saya cmtu..dahla tak dimulai dengan ucapan salam. Abang ni syiah eh? Jangan macam2 bang..Sayu hati saya. Untuk makluman bang anonymous, apa yg saya citer pasal 1 cikgu ajar pj utk dua2 jantina murid kisah betul. Berlaku pada tahun 1991. Kalau ya pun betul sistem masa tu cikgu pmpuan ajar murid pmpuan cikgu laki ajar murid laki, mana la saya tau sekolah tu x ikut sistem.. Masa tu saya budak lagi bang. Usah kata nk persoalkan kenapa sekolah tak ikut sistem, nak beli nasi lemak kat kantin pun saya x pandai bang.. Sob sob ��.. Walaupun abang cakap saya bodo, celaka, setan tapi saya cuba jaga bahasa saya supaya tak menggambarkan yang saya ni setan. Saya tau yg saya x sepandai abang ngan ahmad maslan tapi sekarang ni alhamdulillah saya dah berjaya bang. Tak la kaya raya mcm datuk seri vida tapi bolehla untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kerja yang saya ada sekarang. Abang ade no talipon? Jom kita ngeteh ��..
ReplyDeleteCerita pasal kena bukak baju ni sama mcm aku masa ting 4, 10 thn lalu...skrg ni aku dh 26 thn. Aku n dua org lg member aku x bwk baju PJ, dh le cgu PJ tu mcm hampeh....aku n member2 aku kena bukak baju n berlengging je masa latihan bola....semua bdk pmpuan senyum2 je kt kitorang....nsb baik le bdn aku nmpk tough le jgk hehe...tp segan siot kalau pompuan tgk bdn kita.....dh le masa tu baru lps hjn...sejuk giler...
ReplyDeleteTentu time tu awak pakai baju sekolah selapis aje tak pakai baju dalam / singlet kan? So tentulah kena berlengging.
Deleteye la, lps tu aku n member pakai singlet kt dlm haha
DeleteE
ReplyDeleteHaha. Serupa citer saya. Dulu masa saya Form 1 tahun 1989/90 pun camtulah dendanya. Time tu saya sekolah lelaki, so bila PJ, pagi2 lagi cikgu PJ aka HEM akan suoh pelajar2 yang tak bawak baju ni buka baju kemeja seragam sekolah kaler putih tu, dia rampas tahan dalam ofis dia. Sape2 budak yang pakai singlet gantung / baju dalam kira selamatlah. Tapi pelajar2 yang pakai baju sekolah selapis aje tak pakai baju dalam maka kenalah, jadi Malik Noor. Pelajar dipaksa tanggalkan baju seragam sekolah putih tu. Since saya (dan majority pelajar time tu) memang sgt x suka pakai baju singlet tu sbb panas, maka automatic kami ni terpaksa berlengging aka boleng ajelah time PJ tu. Pakai baju kulit original kaler coklat. Tak cukup time tu, sampai ke balik dia simpan baju tu. So masuk kelas bagai, masuk makmal sains, kemahiran hidup, makan di kantin, ceramah or perhimpunan di dewan, solat di surau pun semuanya berlengging aje, tayangkan body 6-pack. Redho jelah, the whole day satu hari di sekolah tu drpd pagi sampai balik jam 2pm berkeadaan tidak berbaju. Sy cuma pakai seluar panjang sekolah kaler hijau tu aje, talipinggang, stoking, kasut sekolah putih dan jam, atasnya topless, berlengging boleng total. Sekali yang kena ramai2 je, kadang2 berpuluh2 orang budak berlengging aje beramai2 kat sekolah tu, ramai2 boleng tayangkan body 6-pax sebab baju dah kena rampas. Yang sedap bila hantar buku ke bilik guru, cikgu mesti gelak punya “Ha, Malik Noor dah sampai”. Tapi since dok kampong, dah biasa berlengging jer kat rumahe, so tak kisah sangat, lagipun sekolah semuanya lelaki. Kalau kat rumah pun sgt tak suka berbaju, manjang always berlengging aje seluar panjang sebab panas, zaman tu takde ekon. Tidur pun manjang boleng jer pakai seluar track suit, sampai skrg. Anak lelaki dah 2 orang umur 8 & 10 tahun pun sama ikut, tidur malam tak berbaju pun, serupa bapaknya . Punya selalu berlengging aje 2-3X seminggu, sampai cikgu2 pun dah mark muka sy dan a few geng2 otai nie. “Hah,ni dia budak lelaki junior (Form 1) yang selalu manjang berlengging tak pakai baju tu”. Ataupun “Manjang takda baju nak pakai dia ni, Mat Lengging”. Hihi syoknya kenangan sekolah time tu, Form 1-3 kat situ sekitar tahun 1990-92.
ReplyDeletekalu skolah semua laki ok la jgk, kalu ader pompuan, segan le
ReplyDeleteHey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDeleteŚwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDeleteŚwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDeletenak bongak pon jgn nmpk sgt kot, biodata kemain tapi citer dia cam bangang
ReplyDelete