Entri ini dibuat khas sebagai penghormatan kepada bapak sedara saya iaitu Cekmi atau nama penuhnya Encik Mohd Fuad bin Besah. Tapi kalian jangan salah sangka pulak, penghormatan ini bukanlah bermaksud beliau telah kembali ke alam barzakh, tetapi bagi mengucapkan tahniah kepada beliau yang baru-baru ini telah mendirikan rumah tangga buat kali pertama dengan gadis pilihan beliau iaitu saya panggil sebagai Cik Yati sahaja.
Majlis resepsi menyambut menantu telah diadakan di Kampung Seri Cantik, Sengkang, Muar, Johor iaitu kampung halaman beliau merangkap bapak saya dan adik beradiknya yang lain. Oleh sebab mood untuk menulis tiada pada malam ini, ayuh layan foto-foto semasa majlis tersebut berlangsung.
Ni gambar saya dan cekmi. Kalau tak silap masa ni umur saya setahun dan beliau 11 tahun. Comel bukan saya pada waktu ni? |
Yang baju biru pakai songkok hitam tu la bapak saya |
Yang duduk atas kerusi roda tu atok saya |
Isteri dan anak tersayang |
Selepas menepung tawar |
Ibu saya buat2 sibuk masa acara membaling duit syiling. Ibu jangan poyo sangat ! |
Makan biadap |
Riri memerhatikan sesi mengumpat |
Konon2 macam Monoloque |
Riri & Fahri (anak adik saya) |
Riri bermanja dengan Tok Ayah sebelum pulang ke Putrajaya |
So, kepada cekmi, cepat-cepatla buat anak. Tak sabo nak dapat sepupu baru. Sekian
Alhamdulilah akhirnya..sahabat baik saya bertemu jodohnya..syukran
ReplyDeleteBolehlah beliau berjimak secara halalan toyyoiban
ReplyDeleteHai saya dari tahun 2021
ReplyDelete