Monday 3 December 2012

Doktor, Mengapakah Kau Tanya Soalan Itu Kepadaku?

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dihinggapi oleh sejenis wabak penyakit yang dinamakan sebagai batuk berkahak. Kebiasaannya, saya hanya memakan ubat batuk cap ibu dan anak sahaja atau pun kadangkala cap lain digunakan seperti kelapa laut afrika dan ubat batuk syrup kanak-kanak. Pelbagai usaha telah saya lakukan contohnya seperti tidak menghisap rokok, tidak meminum air sejuk, tidak menonton televisyen serta tidak mengunjungi kelab malam dan pasar malam di hujung minggu. Tujuannya hanyalah satu iaitu agar tekak saya kembali lega seperti sediakala.

Memandangkan batuk dan sakit tekak yang saya alami tidak sembuh-sembuh sejak hari Jumaat yang lepas, maka selepas pulang dari kerja tadi, saya telah mengunjungi sebuah klinik di Presint Diplomatik, Putrajaya bagi mendapatkan kepastian daripada doktor yang bertauliah sama ada batuk yang saya hidapi ini memberikan kesan yang membahayakan kepada diri mahupun keluarga atau pun tidak. Ok, masa mula-mula daftar tu, counter girl klinik tu kata doktor belum ada dan akan sampai lebih kurang 10 minit lagi. Memandangkan ada 5 patient lain di klinik tersebut, saya pun melepak sebentar di restoran mamak yang terletak bersebelahan dengan klinik tersebut untuk menikmati roti maggi sup serta kopi tarik. Dah settle makan, saya masuk menunggu di dalam klinik tersebut. Saya bertanya kepada counter girl tadi sama ada doktor dah sampai atau belum dan jawapan beliau "masih on the way". Ok, tidak mengapa, demi mendapatkan ubat free (sebab klinik panel isteri saya) saya menggagahkan diri untuk menunggu kehadiran doktor. Sambil menunggu tu, saya bermain la game angry bird stage 11 yang tak pernah menang walaupun dah 500 kali mencuba. Sedar tak sedar rupanya dah sejam saya menunggu tapi kelibat doktor masih tidak kelihatan. Ada beberapa patient lain yang dah hilang sabar terus blah camtu je. Nasib baik saya telah dididik untuk bersikap sabar sedari kecil berdasarkan nilai-nilai murni yang diterapkan semasa bersekolah agama dahulu walaupun setakat darjah 3 sahaja.

Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu barulah doktor sampai dan disebabkan patient - patient sebelum saya dah blah, maka saya orang pertama yang dipanggil masuk ke bilik doktor. Dalam pada itu, saya membaca beberapa ayat hafazan PAFA bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti  kehormatan saya tidak dicabul atau dinodai oleh doktor tersebut kelak. Dalam bilik doktor, saya mengucapkan salam "Assalamualaikum" dan bukannya salam 1Malaysia kepada doktor tersebut. Seterusnya, komunikasi antara saya dengan doktor tersebut adalah seperti berikut:

Doktor : Kenapa awak datang sini?
Saya : (Diam sambil berfikir) Ada 4 jawapan terhadap soalan doktor. Potong mana yang tidak berkenaan
A. Sebenarnya saya nak gi jamban tadi, entah macam mana boleh termasuk bilik doktor.
B. Saje je untuk membolehkan doktor menodai diri saya.
C. Saya kena halau daripada rumahlah, doktor
D. Saya dah lama tak lempang orang. Tu yang saya jumpa doktor ni

Tapi, itu cuma jawapan yang timbul dalam kepala hotak saya pada masa tu je. Sekali lagi, sebagai insan yang dilatih untuk berbudi bahasa budaya kita, saya pun menceritakan satu persatu simptom-simptom penyakit yang saya alami. Lepas tu, doktor tu check tekak saya sambil menyuluhkan lampu suluh mini kepunyaan beliau dan menyuruh saya berkata "aaaaa". Setelah selesai memeriksa saya, doktor tersebut mencatatkan sesuatu di atas kad rekod pesakit milik saya tanpa berkata sepatah haram kepada saya apa sebenarnya yang terjadi kepada tekak kesayangan saya. Saya pula yang terpaksa buat-buat ramah bertanyakan itu ini tentang simptom-simptom yang saya hadapi sebab khuatir sekiranya batuk yang saya hidapi ini ada kaitan dengan virus Pertussis atau bahasa mudahnya batuk kering yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Terasa seperti saya pulak yang doktor ketika itu. Dalam hati saya menyumpah beliau, baik tak payah masuk sesi consultation dengan engko. Tau tadi, terus beli ubat pun takpe.

Saya merupakan seorang yang tidak berbakat dalam memakan ubat berbentuk tablet atau pun kapsul mungkin disebabkan faktor mempunyai saluran esofagus yang sempit. Selain mengurat awek, pakwe dan bapok,  memakan ubat jenis ini juga memerlukan skill dan bakat bagi memastikan ianya efektif dan efisien. Masa dalam bilik doktor tadi, saya dah cakap kepada beliau, saya nak ubat antibiotik berbentuk cecair agar mudah saya menelannya. Malangya, mungkin disebabkan faktor baru lepas gaduh dengan awek/bini/perempuan simpanan (potong mana yang tidak berkenaan), beliau telah memberikan saya ubat berbentuk tablet. Saya terpaksa menerima dengan redha dan sebagai penyelesaiannya, ubat tablet tersebut saya potong 3 bagi memudahkan ia melalui saluran esofagus saya dengan lancar tanpa da sekatan.


Ubat Antibiotik Yang Dipotong 3



Jadi, itulah antara sebab mengapa saya malas ke klinik sekiranya dihinggapi penyakit sejagat seperti demam, batuk mahu pun selsema. Kepada doktor yang merawat (memeriksa lebih tepat) saya tadi, satu perkataan untuk anda, **** ***. Sekian sahaja entri untuk hari ini. Bye

2 comments:

  1. Ko g klinik biru ke ungu tu? Die bg ko dx pe? Pertussis dak2 kcik je..myb fact tu ptt mycobacterium tuberculosis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik biru. Haha, nama saintifik tu aku main bantai je..saje nak ekzajerit.

      Delete