Jika kebiasaannya saya menulis entri berbentuk remaja dan orang dewasa yang kurang matang, pada kali ini saya akan menulis entri berbentuk keibubapaan. Sekiranya kalian merupakan seorang ibu atau bapa, sudah pasti kalian pernah merasai pengalaman menjaga/melayan anak yang dihinggapi penyakit batuk dan selsema. Penyakit ini mudah menyerang bayi dan kanak-kanak terutamanya yang mempunyai daya ketahanan badan atau bahasa saintifiknya antibody yang lemah. Tambahan pula jika kalian ni jenis yang mengantar anak ke taska ketika bekerja. Ada macam gaya doktor tengah bagi consultation tak?
Semanjak anak saya bayi sehingga kini, sudah beberapa kali beliau diserang penyakit batuk dan selsema. Saya kurang pasti sama ada ianya disebabkan oleh faktor antibody yang lemah atau jangkitan daripada rakan taulan di taska. Pada awal-awal dahulu, setiap kali anak saya diserang penyakit tersebut, saya mengambil langkah mudah dengan membawa beliau ke klinik pakar kanak-kanak yang berdekatan untuk rawatan. Sekiranya kalian ke klinik pakar kanak-kanak mahupun klinik general biasa, doktor biasanya akan memberikan ubat batuk, ubat selsema, ubat demam dan antibiotik untuk anak kalian. Begitu juga dengan anak saya. Memang tidak dinafikan bahawa ubat-ubatan tersebut memberikan kelegaan kepada si kecil, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara sahaja. Dalam sebulan kemudian, penyakit tersebut akan datang semula. Sehinggalah baru-baru ini anak saya diserang semula penyakit batuk dan selsema dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih kurang 3 minggu tidak sembuh-sembuh.
Sebenarnya, saya sedia maklum bahawa ubat-ubatan ni tidak sesuai untuk bayi berusia kurang daripada 2 tahun tapi disebabkan perasaan tak sampai hati melihat anak tidak dapat tidur dengan selesa menyebabkan saya dan isteri memberikan juga ubat-ubatan tersebut. Disebabkan sudah 3 minggu berturut-turut anak saya tidak sembuh daripada penyakitnya, saya mula meng'google' lokasi-lokasi yang sesuai untuk mencuba mendapatkan kaedah rawatan yang berbeza untuk anak saya. Sehinggalah saya terbaca satu entri mengenai Klinik Wangsa yang terletak di Wangsa Maju. Klinik ni bukanlah pakar kanak-kanak tetapi doktornya (Dr. Nadir Khan) mempunyai review yang baik daripada kesemua entri yang saya baca semasa mendapatkan maklumat.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba kaedah rawatan di klinik beliau. Pada hari sabtu (tak ingat berapa haribulan), saya bersama isteri membawa anak kami ke Klinik Wangsa yang terletak kira-kira 35km daripada rumah kami di Presint 17 Putrajaya. Hari semalamnya (Jumaat), isteri telah menelefon terlebih dahulu bagi memastikan Dr. Nadir bertugas pada hari tersebut. Klinik Wangsa memulakan operasi pada pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.00 pagi kami dah tiba di depan klinik tersebut. Tujuannya nak mendapatkan nombor giliran awal sebab risau kot kot ramai sangat patient yang nak mendapatkan rawatan yang sama. Sementara menunggu klinik buka, kami bersarapan di kedai makan berhampiran.
Setelah klinik dibuka, kami cepat-cepat daftar di kaunter dan ambil nombor giliran. Tapi disebabkan mengambil sedikit masa untuk urusan pendaftaran kali pertama, kami dapat giliran yang keenam. Setelah nama anak dipanggil, kami pun masuk ke dalam bilik doktor. Sepanjang pengalaman pergi ke klinik swasta (dan kerajaan), inilah kali pertama saya tengok doktor sendiri yang bukak pintu bilik dia dan panggil nama patient. So, sesi consultation pun bermula. Doktor Nadir menemuramah kami dari sejarah kelahiran anak, anak pernah masuk wad atau tidak, anak pernah kene demam kuning atau tidak dan lain-lain soalan yang mampu dijawab oleh saya. Setelah kami selesai memberikan maklum balas terhadap soalan beliau, penerangan yang terperinci diberikan oleh beliau. Antaranya beliau mengatakan bahawa bayi dan budak-budak ni jangan diberi ubat batuk / selsema. Sebabnya, ia hanya melegakan mereka untuk jangka masa pendek sahaja. Disebabkan mereka belum pandai mengeluarkan kahak secara sendiri, maka kahak akan terkumpul di paru-paru dan ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut. Sambil itu, beliau menunjukkan satu keratan akhbar bahasa inggeris (artikel baru) yang mengatakan bahawa ubat-ubatan tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Beliau mengatakan bahawa, apa yang ditulis dalam artikel berkenaan telah beliau katakan 20 tahun dahulu. Dr. Nadir ni mempunyai pandangan yang berbeza dengan pengamal perubatan lain sebab bagi beliau, sekiranya seorang kanak-kanak itu batuk dan muntah, ia merupakan petanda yang bagus sebab kanak-kanak tersebut sedang melawan kuman di dalam badannya.
Setelah selesai sesi consultation, Dr. Nadir mengesyorkan 3 peringkat rawatan kepada anak saya iaitu proses nebulizer, proses menyedut kahak dan terakhir adalah proses cuping (baca kaping). Pada proses pertama iaitu nebulizer, anak saya diwapkan terlebih dahulu untuk mencairkan kahak yang berada di dalam badannya. Proses ini berlangsung selama kira-kira 15 minit. Disebabkan proses ini memerlukan kekuatan fizikal sang pemegang (kerana anak akan meronta-ronta), maka saya yang menjalankan tugas tersebut. Isteri hanya berada di sebelah menonton teknik ini dilaksanakan. Memang nangis tak ingat la anak saya masa ni. Walaupun, rasa tak sampai hati tapi saya teruskan jugak.
Setelah selesai proses nebulizer, Dr. Nadir melakukan teknik menyedut kahak dengan menggunakan tiub kecil. Masa disedut tu, bayak jugakla kahak dan lendir-lendir anak saya yang telah terkumpul semenjak beliau dilahirkan dahulu. Siap ada bercampur dengan darah lagi. Cuma tak banyak la darah tu. Akhir sekali, Dr. Nadir melakukan teknik cuping dengan menepuk-nepuk badan anak saya di depan dan belakang bagi melonggarkan ruang-ruang dalam badan supaya beliau boleh muntah dan mengeluarkan lebihan kahak dan lendir yang masih tinggal di dalam badan. Teknik cuping ini dilakukan kira-kira dalam 1 minit.
Tak lama lepas teknik terakhir diselesaikan, anak saya telah muntah dan saya dapat lihat memang beliau memuntahkan lebihan lendir dalam badan. Sesi consultation disambung semula. Dr. Nadir menjelaskan bahawa semua teknik-teknik yang beliau buat tu boleh dilaksanakan sendiri di rumah. Untuk nebulizer, boleh digantikan dengan mewapkan muka anak di atas air panas yang dijerang menggunakan rice cooker.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan rawatan dan penerangan yang lengkap daripada Dr. Nadir. Kos rawatannya juga berpatutan iaitu kalau tak silap saya lebih kurang RM70 termasuk ubat. Cuma ubat yang Dr. Nadir bagi ni bukan ubat batuk tapi ubat nak menggalakkan batuk supaya kahak dapat keluar dari dalam badan. Alhamdulillah, dengan izin Allah anak saya sihat seperti sedia kala dan tidur malamnya juga lebih berkualiti dari malam-malam sebelumnya. Oleh itu, saya memberikan 10 bintang daripada 10 untuk Dr. Nadir. Sekiranya kalian nak mencuba rawatan untuk anak di klinik ini, saya mengesyorkan 100%.
Riri yang kepenatan |
Disclaimer : Ini adalah entri review ikhlas untuk Dr. Nadir. Saya tidak dibayar untuk menulis entri ini.
Salam klinik ni kat area mana....ye...terima kasih atas review...
ReplyDeleteWaalaikumussalam w.b.t
ReplyDeleteKlinik dkt area kedai2 depan jusco wangsa maju
dkt jusco melaka ada x klinik nih?
ReplyDeleteNi klinik pakar kanak2 ek?
ReplyDeletebukan,beliau general doc. je
ReplyDeleteklinik ni ada panel tm x?
ReplyDeleteHusband saya kata Dr ni macam Dr House..papepun mmg sgt berpuashati dgn consultation Dr Nadir.Terbaeekk!!
ReplyDeletebetter read this before go, almost go when i cari good clinic for my baby nearby
ReplyDeletehttp://alongjourneytogether.blogspot.com/2014/05/doktor-dan-klinik-bagus-untuk-kanak.html
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
ReplyDeleteWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
Assalamualaikum... Nk tanya adakah klinik Nadir buat RTK ANTIGEN TEST
ReplyDelete