Wednesday, 17 October 2012

Tabiat Manusia Di Facebook


Hai, apa khabar kalian? Adakah kesihatan kalian berada pada tahap yang memuaskan?Bagi yang sudah mencecah umur 40, adakah kalian sudah mula menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala? Bagi kalian yang sering bersekedudukan dengan teman wanita mahupun yang berkongsi jarum suntikan, sudahkah kalian menjalani pemeriksaan HIV?. Baiklah, entri kali ini akan meyentuh tentang tabiat-tabiat manusia di alam  facebook. Pasti kalian tertanya-tanya mengapa introduction saya tiada kaitan langsung dengan topik yang saya ingin kupas pada kali ini bukan? Sebenarnya, saya malas nak google sejarah penciptaan Facebook mahupun sejarah hidup Mark Zuckerberg sebab itulah saya membuat intro seperti itu. Ayuh, check it out!
Setelah membuat sedikit kajian dan pemerhatian terhadap gaya rakan-rakan facebook saya menggunakan facebook masing-masing, saya telah mengenal pasti beberapa tabiat yang seringkali diamalkan ketika sedang berfesbuk itu seperti berikut:

Mengemas Kini Status Diri Sendiri Pada Setiap Masa
Golongan ini merupakan seorang yang kerap mengemaskini (update) status atau aktiviti yang sedang dilakukan pada setiap masa. Kadangkala setiap minit, setiap jam ataupun setidak-tidaknya setiap hari. Antara status – status yang acapkali di’post’ di wall mereka adalah seperti “Saya tengah berak“ , “Saya sedang beristinjak”, “Saya tengah korek hidung“ , “Sedang membersihkan najis  hamster peliharaan“ dan “ Sedang solat “. Mungkin golongan ini berpandangan bahawa setiap rakan – rakan beliau ingin mengetahui setiap saat aktiviti mereka dan secara tidak langsung akan meningkatkan rating profile viewers mereka. Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi kesalahan sekiranya prinsip “Wall aku, aku punya suka la” diikuti oleh semua golongan masyarakat.

Mengemas Kini Status Anak Pada Setiap Masa
Status ini seringkali di’post’ oleh golongan – golongan ibu sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak atau cahaya mata masing-masing. Sebagai contoh,”Athirah sedang mandi”,  “My Prince / Princess sedang bermain masak-masak”, “Ziyad Nora Azuan (bukan nama sebenar) jatuh longkang”, “Syed Hussin berak-berak sebab saya terbubuh julap dalam susu beliau” dan “Kepala Sabrina termasuk dalam lubang jamban ketika beliau baru nak berak kat tandas duduk”. Ada juga kaum – kaum ibu mahupun bapa yang gemar memuat naik gambar anak masing-masing di dalam facebook (saya juga kadangkala melakukannya) bagi menunjukkan kepada masyarakat. Pada pandangan peribadi saya, perkara ini tidak salah sekiranya ia dibuat sekali sekala, namun sekiranya di’update’ setiap saat, jam mahupun hari mungkin boleh mendatangkan kejelekan kepada masyarakat sekeliling.

Mengambil Gambar Sendiri Dari Sudut Atas Sambil Membuat Mulut Itik
Berdasarkan pemerhatian saya, perkara ini seringkali dilakukan oleh remaja-remaja dalam lingkungan umur 12 ke 20 tahun atau lebih. Sehingga saat entri ini ditulis, saya masih belum berjumpa golongan belia yang lebih berusia apatah lagi golongan emas yang menggunakan gambar seperti yang dinyatakan sebagai profile picture masing-masing. Tapi saya kurang pasti la kalau di luar sana (pengguna facebook satu dunia). Mungkin gambar-gambar seperti ini sudah menjadi trend kerana mereka merasakan yang adalah sangat cool jika diletakkan sebagai profile picture masing-masing.

Medan Untuk Mengumpat / Mencaci / Mengutuk Bos
Baiklah, ini merupakan cara penggunaan facebook yang amat berbahaya kerana kadangkala kita terlupa mungkin ada di kalangan rakan – rakan kita yang membaca kutukan, makian mahupun cercaan yang dilemparkan terhadap bos dan seterusnya melaporkan perkara tersebut kepada empunya diri. Walaupun kadangkala kita tidak menulis secara spesifik nama bos tersebut, namun ia boleh mendatangkan persepsi negatif bos terhadap kalian. Antara kutukan dan cercaan yang sering saya lihat adalah seperti “ Tak payah tunjuk bagus sangat la, bukannya ko yang buat kerja pun” . “Bodo la ko ni, baik tak payah jadi bos” atau lebih parah lagi sekiranya post yang ditulis di wall berbunyi seperti ini “ Ko ni memang babi la bos”. Ya, saya faham mungkin kalian ini seorang yang panas baran dan outspoken di mana kadangkala perasaan marah itu gagal dibendung dan tiada tempat untuk diluahkan. Oleh itu, saya cadangkan agar dibuat satu private group di mana ahli-ahlinya adalah rakan sepejabat kalian (pastikan tiada spy) agar segala luahan perasaan dan ketidakpuashatian dapat dilontarkan. Tapi itu merupakan cadangan saya versi setan la, kalau cadangan saya versi imam muda, kalian banyak-banyakkanlah istighfar dan solat sunat di samping tidak meninggalkan solat wajib 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan serta menunaikan zakat harta dan zakat fitrah.

Medan Mencari Jodoh
Jika di sekitar pertengahan 90an dahulu, ruangan chatting MIRC sering digunakan oleh masyarakat terutamanya golongan muda mudi dan pelajar sekolah untuk mencari jodoh atau teman wanita / lelaki masing-masing. Bagaimanapun, setelah wujudnya Facebook ciptaan Mark Zuckerberg ini, ruangan chatting MIRC seakan berkubur dan tidak semeriah dahulu kerana antara muka Facebook yang lebih canggih dan mesra pengguna. Selain dilengkapi dengan mode untuk berchatting, masyarakat juga boleh memuat turun gambar-gambar kalian yang engsem,comel, cute, lawa dan kadangkala yang buruk atau hodoh ke dalam aplikasi tersebut. Bagaimanapun, sekiranya kalian ini seorang yang engsem, pastikan kalian berhati –hati kerana dikhuatiri akan di’stalk’ oleh golongan gay, maknyah mahupun bapok. Antara perbualan yang boleh dikenal pasti sekiranya anda diikuti oleh golongan ini adalah seperti perbualan berikut:

Matt : Hye Nora, how r u doing?
Nora Azuan : I’m doing good, how about you?
Matt : Me too. Hmm... nice balls huh?
Nora Azuan : What??
Matt : Err...I mean your eye ball

Oleh itu, sekiranya anda cuba didekati oleh golongan ini, ketahuilah bahawa jantan tersebut cuba melakukan gangguan seksual terhadap anda. Untuk makluman kalian juga, En Nora Azuan (rujuk gambar di bawah) dalam perbualan di atas adalah merupakan sepupu saya dan beliau mempunyai raut wajah yang engsem. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau seringkali di’approach’ oleh bukan sahaja kaum wanita malah golongan gay, bapok dan LGBT.


Baiklah, itu merupakan antara beberapa contoh hasil daripada pemerhatian saya terhadap cara penggunaan facebook di kalangan rakan-rakan saya. Mungkin ada banyak lagi yang boleh dikupas. Entri ini bukan bertujuan untuk mengondem sesiapa, ia lebih kepada kajian mini atau observation sahaja. Disebabkan masa tidak mengizinkan maka saya terpaksa mengundurkan diri buat sementara waktu. Hello babai...

No comments:

Post a Comment