Sunday 23 December 2012

Review : Dr. Nadir Klinik Wangsa

Jika kebiasaannya saya menulis entri berbentuk remaja dan orang dewasa yang kurang matang, pada kali ini saya akan menulis entri berbentuk keibubapaan. Sekiranya kalian merupakan seorang ibu atau bapa, sudah pasti kalian pernah merasai pengalaman menjaga/melayan anak yang dihinggapi penyakit batuk dan selsema. Penyakit ini mudah menyerang bayi dan kanak-kanak terutamanya yang mempunyai daya ketahanan badan atau bahasa saintifiknya antibody yang lemah. Tambahan pula jika kalian ni jenis yang mengantar anak ke taska ketika bekerja. Ada macam gaya doktor tengah bagi consultation tak?

Semanjak anak saya bayi sehingga kini, sudah beberapa kali beliau diserang penyakit batuk dan selsema. Saya kurang pasti sama ada ianya disebabkan oleh faktor antibody yang lemah atau jangkitan daripada rakan taulan di taska. Pada awal-awal dahulu, setiap kali anak saya diserang penyakit tersebut, saya mengambil langkah mudah dengan membawa beliau ke klinik pakar kanak-kanak yang berdekatan untuk rawatan. Sekiranya kalian ke klinik pakar kanak-kanak mahupun klinik general biasa, doktor biasanya akan memberikan ubat batuk, ubat selsema, ubat demam dan antibiotik untuk anak kalian. Begitu juga dengan anak saya. Memang tidak dinafikan bahawa ubat-ubatan tersebut memberikan kelegaan kepada si kecil, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara sahaja. Dalam sebulan kemudian, penyakit tersebut akan datang semula. Sehinggalah baru-baru ini anak saya diserang semula penyakit batuk dan selsema dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih kurang 3 minggu tidak sembuh-sembuh. 

Sebenarnya, saya sedia maklum bahawa ubat-ubatan ni tidak sesuai untuk bayi berusia kurang daripada 2 tahun tapi disebabkan perasaan tak sampai hati melihat anak tidak dapat tidur dengan selesa menyebabkan saya dan isteri memberikan juga ubat-ubatan tersebut. Disebabkan sudah 3 minggu berturut-turut anak saya tidak sembuh daripada penyakitnya, saya mula meng'google' lokasi-lokasi yang sesuai untuk mencuba mendapatkan kaedah rawatan yang berbeza untuk anak saya. Sehinggalah saya terbaca satu entri mengenai Klinik Wangsa yang terletak di Wangsa Maju. Klinik ni bukanlah pakar kanak-kanak tetapi doktornya (Dr. Nadir Khan) mempunyai review yang baik daripada kesemua entri yang saya baca semasa mendapatkan maklumat.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba kaedah rawatan di klinik beliau. Pada hari sabtu (tak ingat berapa haribulan), saya bersama isteri membawa anak kami ke Klinik Wangsa yang terletak kira-kira 35km daripada rumah kami di Presint 17 Putrajaya. Hari semalamnya (Jumaat), isteri telah menelefon terlebih dahulu bagi memastikan Dr. Nadir bertugas pada hari tersebut. Klinik Wangsa memulakan operasi pada pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.00 pagi kami dah tiba di depan klinik tersebut. Tujuannya nak mendapatkan nombor giliran awal sebab risau kot kot ramai sangat patient yang nak mendapatkan rawatan yang sama. Sementara menunggu klinik buka, kami bersarapan di kedai makan berhampiran.    

Setelah klinik dibuka, kami cepat-cepat daftar di kaunter dan ambil nombor giliran. Tapi disebabkan mengambil sedikit masa untuk urusan pendaftaran kali pertama, kami dapat giliran yang keenam.  Setelah nama anak dipanggil, kami pun masuk ke dalam bilik doktor. Sepanjang pengalaman pergi ke klinik swasta (dan kerajaan),  inilah kali pertama saya tengok doktor sendiri yang bukak pintu bilik dia dan panggil nama patient. So, sesi consultation pun bermula. Doktor Nadir menemuramah kami dari sejarah kelahiran anak, anak pernah masuk wad atau tidak, anak pernah kene demam kuning atau tidak dan lain-lain soalan yang mampu dijawab oleh saya. Setelah kami selesai memberikan maklum balas terhadap soalan beliau, penerangan yang terperinci diberikan oleh beliau. Antaranya beliau mengatakan bahawa bayi dan budak-budak ni jangan diberi ubat batuk / selsema. Sebabnya, ia hanya melegakan mereka untuk jangka masa pendek sahaja. Disebabkan mereka belum pandai mengeluarkan kahak secara sendiri, maka kahak akan terkumpul di paru-paru dan ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut. Sambil itu, beliau menunjukkan satu keratan akhbar bahasa inggeris (artikel baru) yang mengatakan bahawa ubat-ubatan tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Beliau mengatakan bahawa, apa yang ditulis dalam artikel berkenaan telah beliau katakan 20 tahun dahulu. Dr. Nadir ni mempunyai pandangan yang berbeza dengan pengamal perubatan lain sebab bagi beliau, sekiranya seorang kanak-kanak itu batuk dan muntah, ia merupakan petanda yang bagus sebab kanak-kanak tersebut sedang melawan kuman di dalam badannya. 

Setelah selesai sesi consultation, Dr. Nadir mengesyorkan 3 peringkat rawatan kepada anak saya iaitu proses nebulizer, proses menyedut kahak dan terakhir adalah proses cuping (baca kaping). Pada proses pertama iaitu nebulizer, anak saya diwapkan terlebih dahulu untuk mencairkan kahak yang berada di dalam badannya. Proses ini berlangsung selama kira-kira 15 minit. Disebabkan proses ini memerlukan kekuatan fizikal sang pemegang (kerana anak akan meronta-ronta), maka saya yang menjalankan tugas tersebut. Isteri hanya berada di sebelah menonton teknik ini dilaksanakan. Memang nangis tak ingat la anak saya masa ni. Walaupun, rasa tak sampai hati tapi saya teruskan jugak.


Setelah selesai proses nebulizer, Dr. Nadir melakukan teknik menyedut kahak dengan menggunakan tiub kecil. Masa disedut tu, bayak jugakla kahak dan lendir-lendir anak saya yang telah terkumpul semenjak beliau dilahirkan dahulu. Siap ada bercampur dengan darah lagi. Cuma tak banyak la darah tu. Akhir sekali, Dr. Nadir melakukan teknik cuping dengan menepuk-nepuk badan anak saya di depan dan belakang bagi melonggarkan ruang-ruang dalam badan supaya beliau boleh muntah dan mengeluarkan lebihan kahak dan lendir yang masih tinggal di dalam badan. Teknik cuping ini dilakukan kira-kira dalam 1 minit.

Tak lama lepas teknik terakhir diselesaikan, anak saya telah muntah dan saya dapat lihat memang beliau memuntahkan lebihan lendir dalam badan. Sesi consultation disambung semula. Dr. Nadir menjelaskan bahawa semua teknik-teknik yang beliau buat tu boleh dilaksanakan sendiri di rumah. Untuk nebulizer, boleh digantikan dengan mewapkan muka anak di atas air panas yang dijerang menggunakan rice cooker. 

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan rawatan dan penerangan yang lengkap daripada Dr. Nadir. Kos rawatannya juga berpatutan iaitu kalau tak silap saya lebih kurang RM70 termasuk ubat. Cuma ubat yang Dr. Nadir bagi ni bukan ubat batuk tapi ubat nak menggalakkan batuk supaya kahak dapat keluar dari dalam badan. Alhamdulillah, dengan izin Allah anak saya sihat seperti sedia kala dan tidur malamnya juga lebih berkualiti dari malam-malam sebelumnya. Oleh itu, saya memberikan 10 bintang daripada 10 untuk Dr. Nadir. Sekiranya kalian nak mencuba rawatan untuk anak di klinik ini, saya mengesyorkan 100%.

Riri yang kepenatan
Disclaimer : Ini adalah entri review ikhlas untuk Dr. Nadir. Saya tidak dibayar untuk menulis entri ini. 

Satu Pagi Di Hari Sabtu

Hai peminat-peminat Abang Que sekalian, entri kali ini Abang Que rasa malas nak menulis. Ayuh kita layan komik di bawah.



Monday 3 December 2012

Doktor, Mengapakah Kau Tanya Soalan Itu Kepadaku?

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dihinggapi oleh sejenis wabak penyakit yang dinamakan sebagai batuk berkahak. Kebiasaannya, saya hanya memakan ubat batuk cap ibu dan anak sahaja atau pun kadangkala cap lain digunakan seperti kelapa laut afrika dan ubat batuk syrup kanak-kanak. Pelbagai usaha telah saya lakukan contohnya seperti tidak menghisap rokok, tidak meminum air sejuk, tidak menonton televisyen serta tidak mengunjungi kelab malam dan pasar malam di hujung minggu. Tujuannya hanyalah satu iaitu agar tekak saya kembali lega seperti sediakala.

Memandangkan batuk dan sakit tekak yang saya alami tidak sembuh-sembuh sejak hari Jumaat yang lepas, maka selepas pulang dari kerja tadi, saya telah mengunjungi sebuah klinik di Presint Diplomatik, Putrajaya bagi mendapatkan kepastian daripada doktor yang bertauliah sama ada batuk yang saya hidapi ini memberikan kesan yang membahayakan kepada diri mahupun keluarga atau pun tidak. Ok, masa mula-mula daftar tu, counter girl klinik tu kata doktor belum ada dan akan sampai lebih kurang 10 minit lagi. Memandangkan ada 5 patient lain di klinik tersebut, saya pun melepak sebentar di restoran mamak yang terletak bersebelahan dengan klinik tersebut untuk menikmati roti maggi sup serta kopi tarik. Dah settle makan, saya masuk menunggu di dalam klinik tersebut. Saya bertanya kepada counter girl tadi sama ada doktor dah sampai atau belum dan jawapan beliau "masih on the way". Ok, tidak mengapa, demi mendapatkan ubat free (sebab klinik panel isteri saya) saya menggagahkan diri untuk menunggu kehadiran doktor. Sambil menunggu tu, saya bermain la game angry bird stage 11 yang tak pernah menang walaupun dah 500 kali mencuba. Sedar tak sedar rupanya dah sejam saya menunggu tapi kelibat doktor masih tidak kelihatan. Ada beberapa patient lain yang dah hilang sabar terus blah camtu je. Nasib baik saya telah dididik untuk bersikap sabar sedari kecil berdasarkan nilai-nilai murni yang diterapkan semasa bersekolah agama dahulu walaupun setakat darjah 3 sahaja.

Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu barulah doktor sampai dan disebabkan patient - patient sebelum saya dah blah, maka saya orang pertama yang dipanggil masuk ke bilik doktor. Dalam pada itu, saya membaca beberapa ayat hafazan PAFA bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti  kehormatan saya tidak dicabul atau dinodai oleh doktor tersebut kelak. Dalam bilik doktor, saya mengucapkan salam "Assalamualaikum" dan bukannya salam 1Malaysia kepada doktor tersebut. Seterusnya, komunikasi antara saya dengan doktor tersebut adalah seperti berikut:

Doktor : Kenapa awak datang sini?
Saya : (Diam sambil berfikir) Ada 4 jawapan terhadap soalan doktor. Potong mana yang tidak berkenaan
A. Sebenarnya saya nak gi jamban tadi, entah macam mana boleh termasuk bilik doktor.
B. Saje je untuk membolehkan doktor menodai diri saya.
C. Saya kena halau daripada rumahlah, doktor
D. Saya dah lama tak lempang orang. Tu yang saya jumpa doktor ni

Tapi, itu cuma jawapan yang timbul dalam kepala hotak saya pada masa tu je. Sekali lagi, sebagai insan yang dilatih untuk berbudi bahasa budaya kita, saya pun menceritakan satu persatu simptom-simptom penyakit yang saya alami. Lepas tu, doktor tu check tekak saya sambil menyuluhkan lampu suluh mini kepunyaan beliau dan menyuruh saya berkata "aaaaa". Setelah selesai memeriksa saya, doktor tersebut mencatatkan sesuatu di atas kad rekod pesakit milik saya tanpa berkata sepatah haram kepada saya apa sebenarnya yang terjadi kepada tekak kesayangan saya. Saya pula yang terpaksa buat-buat ramah bertanyakan itu ini tentang simptom-simptom yang saya hadapi sebab khuatir sekiranya batuk yang saya hidapi ini ada kaitan dengan virus Pertussis atau bahasa mudahnya batuk kering yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Terasa seperti saya pulak yang doktor ketika itu. Dalam hati saya menyumpah beliau, baik tak payah masuk sesi consultation dengan engko. Tau tadi, terus beli ubat pun takpe.

Saya merupakan seorang yang tidak berbakat dalam memakan ubat berbentuk tablet atau pun kapsul mungkin disebabkan faktor mempunyai saluran esofagus yang sempit. Selain mengurat awek, pakwe dan bapok,  memakan ubat jenis ini juga memerlukan skill dan bakat bagi memastikan ianya efektif dan efisien. Masa dalam bilik doktor tadi, saya dah cakap kepada beliau, saya nak ubat antibiotik berbentuk cecair agar mudah saya menelannya. Malangya, mungkin disebabkan faktor baru lepas gaduh dengan awek/bini/perempuan simpanan (potong mana yang tidak berkenaan), beliau telah memberikan saya ubat berbentuk tablet. Saya terpaksa menerima dengan redha dan sebagai penyelesaiannya, ubat tablet tersebut saya potong 3 bagi memudahkan ia melalui saluran esofagus saya dengan lancar tanpa da sekatan.


Ubat Antibiotik Yang Dipotong 3



Jadi, itulah antara sebab mengapa saya malas ke klinik sekiranya dihinggapi penyakit sejagat seperti demam, batuk mahu pun selsema. Kepada doktor yang merawat (memeriksa lebih tepat) saya tadi, satu perkataan untuk anda, **** ***. Sekian sahaja entri untuk hari ini. Bye

Sunday 2 December 2012

Cover Andai Saja by Anima Band


Cover Menyesal by Sixth Sense


Cover Perjanian S*****N by Dark Nirrojim


Aku dan Bola Sepak

Tanah Tumpahnya Darahku

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mengatasi pasukan Garuda dengan dua gol berbalas kosong dalam perlawanan terakhir Kumpulan B AFF Suzuki Cup. Ini sekaligus menjadikan Harimau Malaya sebagai naib juara kumpulan dan akan bertemu dengan pasukan Thailand dalam saingan peringkat separuh akhir nanti. Oleh itu, saya berhajat untuk menulis sebuah entri berkenaan bola sepak.

Bercakap mengenai bola sepak, rata-rata rakyat Malaysia terutamanya lelaki meminati sukan nombor satu dunia ini. Mungkin ada segelintir lelaki yang tidak meminati sukan ini sebaliknya meminati sukan lain umpamanya seperti sepak takraw, bola tampar, hoki atau pun bola jaring. Tapi kalau lelaki yang minat bola jaring tu mungkin lelaki yang tergolong dalam golongan berpewatakan lembut barangkali.

Sejak kecil sehinggalah sekarang, minat terhadap bola sepak tidak pernah lekang dalam diri saya. Bermula dengan bermain bola sepak secara kecil-kecilan sehinggalah secara besar-besaran. Dah macam meniaga pulak ayat saya ni. Saya mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia sejak dari liga bertaraf semi pro sehinggalah sekarang. Masa sekolah rendah dahulu, bukan setakat tunggu waktu Pendidikan Jasmani (PJ) je kalau nak main bola, malah boleh dikatakan tiap-tiap hari sama ada sebelum masuk kelas atau semasa waktu rehat saya bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Main pakai baju sekolah je, so bile time masuk kelas baju masing-masing dah basah lencun dek peluh yang mengalir ketika sedang bermain bola sepak.

Kali pertama saya menyaksikan bola sepak di stadium adalah pada tahun 1991 di mana saya masih bersekolah dalam darjah 1 ketika itu. Perlawanan tersebut merupakan final Piala Malaysia  yang mempertemukan pasukan Johor dengan pasukan Selangor di Stadium Merdeka. Saya ke stadium bersama ayah saya dan beberapa orang rakannya yang lain. Disebabkan saya merupakan rakyat Johor, so saya ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan negeri kelahiran saya apatah lagi Johor telah menjuarai liga semi pro divisyen 1 ketika itu. Bagi membangkitkan mood menonton bola sepak di stadium, ayah telah membelikan saya pengikat kepala bertulis 'I LOVE JOHOR' yang dijual bersepah di perkarangan stadium. Ada dua insiden yang agak suey (malang) ketika itu. Pertama, saya (termasuk ayah dan kawannya) telah secara tidak sengaja tersalah masuk gate penyokong Selangor ketika mencari tempat duduk. Disebabkan saya memakai pengikat kepala bertulis 'I LOVE JOHOR', saya telah di'boo' dengan kuat oleh para penyokong Selangor yang berada di kawasan tersebut. Dalam hati saya berkata, " Apalah diorang ni, budak kecik pun nak boo". Daripada kata-kata tersebut, ia telah menampakkan kematangan saya berfikir sejak kecil bukan? Ok, insiden yang kedua adalah satu ketika di mana saya tidak tahan untuk terkencing ketika perlawanan sedang berlangsung. Setelah mengadu kepada ayah yang saya dah tak tahan nak kencing, dengan idea yang kurang bernasnya datang daripada kepala hotak beliau, beliau menyuruh saya kencing dalam cawan kertas coca cola kosong milik beliau selepas air coca cola yang tadi penuh telah selesai dihabiskannya. Tanpa memikirkan soal bagaimana dan di mana hendak beristinjak setelah membuang air kecil nanti, saya terus mencapai cawan kertas coca cola tersebut dan terus kencing sambil menggigil dan berdehem beberapa saat bagi melawaskan kencing tersebut. Cawan tersebut saya letakkan di depan kerusi batu tempat saya duduk. Sekiranya kalian pernah mengunjungi Stadium Merdeka pada zaman tersebut, pasti kalian dapat membayangkan bagaimana keadaan tempat duduk penonton. Ia hanyalah semata-mata batu panjang bertingkat dan tiada kerusi seketul-seketul seperti yang ada di Stadium Shah Alam. Berbalik pada cerita tadi, tanpa disedari ada lelehan air berpunca daripada cawan kertas tersebut keluar mengalir ke tempat duduk hadapan menuju ke arah punggung salah seorang penonton yang tidak dikenali. Rupa-rupanya, cawan tempat saya kencing tadi bocor sebab air batu yang tinggal telah mengoyakkan bahagian bawah cawan kertas tersebut. Mungkin disebabkan beberapa faktor seperti pertembungan antara udara panas dan suhu kecairan ais menyebabkan cawan tersebut koyak. Pada mulanya, saya buat tak tau je, tapi bile penonton tersebut mula bangun setelah merasakan kedinginan di punggungnya dan berpaling ke belakang, saya telah merasa cuak takut dimarahi sekiranya beliau mengetahui bahawa air yang mendinginkan punggungnya itu merupakan air kencing saya. Secara spontan, ayah mengcover line dengan meminta maaf sambil berkata "aisehmen bang, sori2, tak perasan pulak air coke saya bocor..peace..hehe. Ha tengok tu, dah nak gol dah tu bang". Nasib baik ayah saya pandai cover idea dia yang tidak bernas tu sehinggakan penonton tadi tak tau perkara sebenar yang berlaku.

Sekitar tahun 1991 hingga 1992 dahulu, ada satu cerita kartun bersiri mengenai bola sepak daripada Jepun telah ditayangkan di Malaysia dengan alih bahasa. Nama cerita tu KICKERS. Watak seperti Kakero, Masaru, Kenta memang tidak asing bagi rakan-rakan sebaya ketika bersembang mengenai cerita kartun tersebut pada ketika itu. Masing-masing nak tiru skill yang ditayangkan dalam KICKERS ketika beraksi di padang bola. Saya cuba mencari cerita tersebut di dalam youtube sama ada yang telah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia ataupun sekurang-kurangnya dalam Bahasa Inggeris tetapi gagal. Kalaulah saya jumpa koleksi penuh cerita kartun tu, memang confirm saya beli tak kisah la berapa harga pun (tapi munasabah la harganya).

Pasukan KICKERS

Kakero & Masaru





Dalam saingan liga tempatan, sudah pastilah saya menyokong pasukan Johor. Cuma, sejak kali terakhir menjadi juara berganda liga semi pro dan Piala Malaysiapada tahun 1991, prestasi pasukan Johor telah merosot tahun demi tahun. Sejak liga Malaysia telah menjadi profesional dan kini dibahagikan kepada liga super (kelas pertama) dan liga perdana (kelas kedua) serta liga FAM (kelas ketiga), sehingga musim 2012, pasukan Johor (Johor FA) masih berada di dalam liga perdana. Oleh itu, usaha Presiden Johor FA iaitu Tunku Ismail (TMJ) yang membawa masuk pemain-pemain bertaraf bintang seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, Mat Yo, Muslim Ahmad, Azwan Roya serta dua pemain import iaitu Daniel Guiza dan Simone Del Nero diharap dapat memartabatkan kembali pasukan Johor yang telah lama dipandang sepi oleh pasukan negeri yang lain. Saya sebagai penyokong tegar (walaupun ketika zaman gelap pasukan bola sepak Johor) akan sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan negeri saya. Hidup Johor!

Sebagai penutup, ingin saya nasihatkan kepada rakyat Malaysia secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya agar sekiranya kalian tak mampu nak menyokong ketika kalah, janganlah bersorak gembira ketika menang. Sebagai contoh, semasa awal perlawanan tadi, ada saya terlihat satu status di wall facebook yang mengondem dengan ayat -ayat cliche seperti "hampeh, main cara camni memang takkan menang punye la". Lepas tu, bila Azamuddin Akil menjaringkan gol pertama pasukan Malaysia pada minit ke-26 dan seterusnya gol kedua oleh Mahali Jasuli selang 3 minit kemudian, statusnya bertukar kepada kata-kata yang konon-kononnya semangat seperti "Cayok cayok Malaysia". Jadi, sikap seperti inilah yang kita perlu elakkan. Kalau, tak puas hati dengan persembahan, komen secara elok dan membina. Cuba kasik dia yang main kat padang tu, entah boleh perform ke tidak atau pun terus terkencing kat atas padang kot.

Pergh, berjaya juga saya menulis sebuah entri berbentuk serius kali ini. Tiada unsur-unsur humor diselitkan di dalam artikel. Sekian. Majulah Sukan Untuk Negara ! 

Tuesday 27 November 2012

Akibat Tidak Membawa Baju PJ

Pi Jay atau 'PJ' seringkali dirujuk sebagai 'Petaling Jaya', 'Pergi Janaham', Perempuan Joget', 'Pipit Jantan' atau pun kadangkala digunakan sebagai carutan iaitu 'P****k J**o' ketika setan telah merasuk kalian. Bagi penduduk Kuala Terengganu pula, terdapat satu tempat yang turut dipanggil nama timangan 'PJ' bagi merasai suasana ke'KL'an. Bagaimanapun, tempat tersebut merujuk kepada Permint Jaya yang juga merupakan kampung isteri saya. Cukuplah intro setakat itu dan entri kali ini sudah pasti tiada kene mengena dengan apa yang saya 'repekkan' di atas sekiranya kalian peka dengan tajuk entri ini.

Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, istilah 'PJ' lebih sinonim dengan Pendidikan Jasmani yang merupakan sebuah subjek pelajaran wajib bagi Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara. Selain subjek Matematik, subjek ini merupakan subjek kegemaran saya kerana tidak perlu duduk di atas bangku kayu di dalam kelas sambil melihat guru menulis di papan hijau. Kebiasaannya, pelajar akan beraktiviti di padang sekolah dengan berpakaian baju sukan mengikut rumah masing-masing. Aktiviti tersebut merangkumi bermain bola sepak bagi pelajar lelaki, bermain bola jaring (bagi pelajar perempuan) dan bermain bola sendiri bagi pelajar yang meragui status jantinanya.Haha, gurau je. Kalau kelakar, bolehlah kalian ketawa. Tapi, kalau sebaliknya, teruskan membaca perenggan berikutnya.

Kisah yang ingin saya ceritakan ini adalah satu peristiwa ketika saya berada di dalam darjah 1 kira-kira 19 tahun yang lepas. Pada hari tersebut merupakan hari PJ dan kebiasaannya saya akan terus memakai baju PJ di lapis dalam kemeja seragam berwarna putih yang wajib dipakai oleh pelajar sekolah. Untuk rekod, saya telah ditempatkan di rumah kuning dengan nama rumah 'Rajawali'. Menurut cikgu yang mengetuai rumah kuning, nama 'Rajawali' digunakan dengan harapan agar rumah-rumah lain gentar dengan pasukan kami ketika bertanding dalam acara olahraga tahunan ataupun sukan bola sepak. Bagaimanapun, disebabkan saya telah dilahirkan sebagai seorang yang genius seperti Adi Putra yang pandai matematik tu, saya mempersoalkan penerangan guru tersebut. Perbualannya seperti berikut:

Cikgu A : Kamu harus berbangga sebab berada dalam rumah Rajawali sebab rumah-rumah lain akan gentar dengan pasukan kita.
Saya : Apa yang nak gentarnya cikgu, kan Rajawali tu burung kecik je. Lainla rumah biru tu. Nama diorang Garuda.
Cikgu A : Kamu apa tau, kamu belum sunat lagi.
Saya : Cikgu dah sunat?
Cikgu A : Jap cikgu check. Oh, dah sunat rupanya.

Perbualan seterusnya tidak perlu diceritakan kerana ia lebih kepada perbualan man to man antara saya dan cikgu tersebut.

Ok, berbalik pada cerita asal, pada hari tersebut saya terlupa untuk membawa baju PJ dan seluar track ke sekolah disebabkan ibu saya terlupa untuk menyiapkan pakaian tersebut untuk saya. Setibanya waktu PJ pada hari tersebut, saya dengan selamba bersama rakan-rakan yang lain menuju ke padang sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bermain bola sepak walaupun saya sedar bahawa saya tidak membawa baju PJ

Dengan berbekalkan hasrat untuk bermain di posisi kegemaran saya iaitu posisi 69..eh silap, posisi wing/sayap, kami pelajar lelaki tidak termasuk pelajar perempuan dan pelajar bapok telah mengambil posisi masing-masing di atas padang. Bagaimanapun, belum sempat kick off dimulakan, satu wisel dibunyikan disertai dengan perkataan "sape yang tak bawak baju PJ, berkumpul di sini". Saya dan beberapa pelajar yang tidak membawa baju PJ (tak ingat berapa lelaki, berapa perempuan) dengan muka yang ketakutan menuju ke tempat berkumpul. Sejurus tiba, cikgu mengajukan soalan kepada kami mengapa tak bawa baju PJ. Disebabkan saya merupakan pelajar yang terkenal dengan kepetahan berkata-kata di peringkat kelas mahupun sekolah, maka saya orang pertama yang menjawab soalan tersebut. Sambil membuat memek muka yang comel seperti wajah eron ajis ketika kanak-kanak agar cikgu tidak mendenda kami, saya menjawab dengan penuh kejujuran "Mak saya terbuat kain buruk lap muntah adik saya pagi tadi cikgu". Tanpa diduga, jawapan tersebut rupanya telah mengundang kemarahan cikgu walaupun pada waktu tersebut saya merasakan bahawa cikgu pasti bersimpati dengan nasib yang menimpa baju PJ saya.

Akhirnya, kami semua didenda akibat tidak membawa baju PJ ketika waktu PJ. Macam pelik je ayat ni. Ok tak mengapa, teruskan membaca. Denda yang dikenakan oleh cikgu tersebut adalah pelajar lelaki perlu membuka baju dan singlet (jika ada) dan hanya berlengging sahaja manakala pelajar perempuan juga perlu membuka baju tetapi tidak perlu membuka coli atau singlet. Eh sekejap, ada ke budak darjah 1 yang dah pakai coli?. Disebabkan waktu tersebut masih pagi (sekitar pukul 8.45 pagi), saya merasa agak sejuk setelah menanggalkan kemeja seragam. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai sedikit perasaan malu memandangkan dapat juga saya menayangkan tubuh badan saya yang tegap ala-ala Matt Damon disertai dengan 6 pack yang dilukis dengan menggunakan pen marker. Ada sorang budak perempuan yang tak bawak baju PJ ni, dia tak pakai singlet. So, tanpa exception, beliau juga terpaksa menanggalkan baju kurung putih yang beliau pakai walaupun tiada singlet sebab arahan cikgu mudah, "lelaki bukak baju dan siglet, perempuan bukak baju sahaja". So, nasib la kalau sapa-sapa budak perempuan yang tak pakai singlet ye tak. Takkan dia nak bukak kulit badan dia pulak. Saya tak ingat sapa dan nama budak perempuan tu. Kalau beliau baca entri ini dan ingat kejadian tersebut, sila maklumkan kepada saya.

Saya sebenarnya tak kisah sebab kene denda macam tu, tapi yang saya kisah sebab semua pelajar yang didenda tidak dibenarkan bermain pada waktu PJ tersebut. So, terpaksalah saya jadi budak pengutip bola sambil melihat posisi kegemaran saya diambil alih oleh Muhammad Nur Firdaus yang mana akhirnya saya telah mengatasinya dalam perebutan tempat sebagai pemain sayap kanan dalam kesebelasan utama skuad bola sepak sekolah.

Jadi, itulah kali pertama dan kali terakhir saya didenda sewaktu mata pelajaran PJ. Lepas-lepas daripada tu, saya telah membawa baju PJ setiap hari supaya hasrat saya untuk bermain bola sepak tidak terbantut dek kerana ditegah oleh cikgu sebagai denda tidak membawa baju PJ. Sekian.