Aku pun tak tau macam mane blog ni bole tercipta. Yang aku ingat last sekali main netbook aku tadi ialah anak aku. Mungkin beliau main tekan-tekan kekunci netbook aku dan lantas tercipta blog ini tanpa sengaja. Oleh sebab blog ini telah dibuat, maka agak menarik jugak kalau aku cuba untuk menukilankan apa-apa yang terlintas, melintas, menetas mahupun mentestis di pikiran aku. Walau ape pun, blog ini hanyalah blog peribadi semata-mata yang mana posting-postingnya nanti mungkin akan membosankan kalian. Yerla, nama pun blog peribadi ye dak, mestila cerita pun pasal aku, keluarga, rakan, kucing, minat aku, hobi aku, anak aku, bini aku, kawan-kawan tempat keje aku bla bla bla..Aku ni sebenarnya suka menganalisis senario politik malaysia sekarang. Tapi aku tak berhajatla nak buat apa-apa entry berkaitan politik dalam blog ni.....Emmm, aku berenti setakat ni dulu la. Nak gi makan jap nasik lemak lauk sotong yang aku beli kat pasar malam pukul 6.12 p.m tadi. Sekarang ni dah pukul 8.50 p.m, jadi baik aku gi makan sebelum basi.So, sekian saja untuk first posting dalam blog ni..Amacam best x?
tiada best langsong
ReplyDeleteNampaknye saudara Nora Azuan partism menjadi manusia pertama yg membuat ulasan di sini. Tahniah !
Delete