Credit to benchfly.com |
Hai, apa kahabar kalian?
Dah hampir 2 minggu aku tak update blog. Ini disebabkan aku melalui hari-hari yang amat sibuk sepanjang 2 minggu yang lepas. Boleh dikatakan tiap-tiap hari balik malam (around 10 o'clock) bagi menyiapkan report Siasatan terhadap satu bahagian di Kementerian tempat aku menabur bakti. Punca balik lewat bukanlah disebabkan oleh aku (dan pasukan) yang tidak efisien. Tetapi ianya disebabkan oleh Sang Bos yang telah menyimpan report terlalu lama dan beliau seolah-olah macam tak reti nak semak report dan memaksa kami untuk duduk bersama-sama beliau di dalam bilik perbincangan dan me'review' semula dari awal muka surat sampai la muka surat terakhir report tersebut. Nasib baiklah makan malam disponsor oleh beliau dan secara tidak langsung aku telah dapat menjimatkan wang pendapatan sepanjang 2 minggu tersebut. Aku pun tak tau la apa punye jenis bos yang tak pernah percaya langsung dengan kerja stafnya. Untuk rekod, team siasatan tersebut terdiri daripada seorang W48, seorang W44, seorang W41 (aku) dan seorang W27. Empat orang inilah yang turun padang untuk melaksanakan siasatan. Beliau (sang bos) hanya duduk di atas kerusi empuk di dalam biliknya tanpa memberikan arahan/hala tuju yang jelas. Bila report dah siap baru sibuk nak suruh carik itu ini. Kemon la, i hate this kind of bos.
Okla, cukup la setakat tu, next entry aku akan huraikan tabiat-tabiat bos di seluruh dunia. Actually, ada seorang sahabat aku (Sakinah binti Ishak) telah me'request' satu artikel berkenaan cara-cara untuk meng'handle' bos. Artikel tu aku dah draf sebahagian, tapi tertinggal kat dalam planner aku kat ofis. Berbalik kepada tajuk artikel iaitu "Lapor Diri", selain daripada melapor diri dalam blog setelah lama menyepi, pada hari ini juga sepatutnya aku kena melapor diri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Juruaudit W44 (M). Tapi, disebabkan hari ini kesihatan aku tidak mengizinkan, maka esok hari je lah aku pergi melapor diri. So, aku rase setakat ni je dulu artikel untuk kali ini. IshaAllah weekend ini aku akan come out dengan beberapa artikel baru.
saya begitu meminati en que haidar krn awak begitu engsem
ReplyDeleteyg sbenarnya entry nk membangga diri sbb dah W44. terimas kasih.
ReplyDeleteA'ah la..mane ko tau aku nk membangga diri..aku siap dh buat banner dowh nak promote diri..mangkaq
Delete