Percutian merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Segala bebanan kerja, kemenyampahan dengan bos dan perkara-perkara mazmumah yang lain akan ditinggalkan buat sementara waktu. Tapi kalo kalian anak orang kaya segala masalah tersebut akan ditinggalkan buat selama-lamanya (sampai mamfos) sebab kalian boleh bercuti ikut suke hati kalian.
So, untuk entry kali ni, aku nak citer pasal trip ke Pulau Perhentian pada 22 hingga 24 Jun 2012 yang lepas. Trip ini dianjurkan oleh kawan-kawan sekolah bini aku. Untuk rekod, bini aku merupekan ex-student MRSM YT Besut (1997-2001). Perjalanan bermula dari rumah pada jam 4.30 pagi menuju ke LCCT untuk menaiki flight pada jam 0650 ke Kota Bharu. Disebabkan duit tak berape nak banyak, terpaksela naik AIR ASIA yang terkenal dengan cogan kata "Everyone Can Fly". Sampai di Kota Bharu, aku sekeluarga + Aida (membe bini) menaiki kereta prebet sapu ke Besut. Sebelum menaiki speed boat di Jeti Kuala Besut, kitorang singgah dulu di rumah Tishah (pon membe bini gak) untuk berkumpul sambil menanti 2 family lagi sampai (keluarga Nina, keluarga Mekna dan Bulat).
1st Day
Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami semua pun menaiki speed boat menuju ke Pulau Perhentian Kecil di mana perjalanannya mengambil masa selama setengah jam. Oleh sebab paling latest aku naik speed boat masa aku darjah 5, perasaan cuak menghantui aku. Bukan sbb aku terbayangkan hantu ke ape, tapi imajinasi aku waktu tu membayangkan ada raksaksa besar tiba-tiba keluar dari dasar laut dan memakan bot yang kami naik. Lantas aku membayangkan benda-benda yang indah seperti sedang menonton konsert kpop, makan popcorn sambil menonton filem kegemaran agar perasaan cuak dapat dineutralkan. Setibanya di jeti pulau, aku berasa sangat teruja dengan gadis-gadis yang sedang melepak di tepi pantai air laut yang tersangat jernih iaitu berwarna kehijauan. Di lobi resort Shari-la, kami berehat sebentar di sofa sementara menunggu urusan pendaftaran bilik. Oleh sebab haritu merupakan hari Jumaat, maka ada sorang membe bini aku tanya nak gi solat Jumaat ke tak. Lantas aku memberikan alasan bahawa aku belum mandi hadas musafir dan aku nak jamakkan solat zohor ngan asar je nanti. Aktiviti hari pertama cuma lepak2 tepi pantai ngan makan malam je.
|
Aku&Family Dalam Flight |
|
Riri Suka |
|
Riri jakon naik kapal terbang |
|
Isteri dan Anak Tercinta |
|
Family Day X-YT Besut |
|
Makan Tengahari |
2nd Day
Pagi tu hari kedua dimulakan dengan aktiviti snorkeling di sekitar pulau. Ade la dalam 4-5 port snorkeling yang diorang bawak. Aku rase ade dalam 3 jam jugakla snorkeling. Oleh sebab aku bawak anak kecik (mase tu umo riri baru 11 bulan lebih) maka kebanyakan masa aku dihabiskan kat atas speed boat sambil melihat bini aku dan rakan-rakannya snorkeling. Ade jugakla sekali sekala aku turun kejap dalam laut. Oleh sebab aku ni mmg handal berenang, maka dengan eksennya aku snorkeling x pakai life jacket pon (baca sebaliknya). Tapi nak cerita kat kalian betapa jernihnya air, aku ingat dalam 2 kilo dari persisiran pantai pon air masih jernih & aku still nampak dasar, batu karang dan ikan-ikanan dari atas bot dengan berbekalkan kaca mata Ray Ban Polarized aku. Aktiviti snorkeling berlanjutan sehingga tengah hari sebab balik je daripada snorkeling kitorang terus makan. Aktiviti petang disambung dengan aktiviti tido di bilik masing-masing dan lepas tu mandi pantai ketika menjelangnya dinihari. Seperti biasa, aku sebagai bapa mithali yang memegang/menjaga anak aku sambil membiarkan bini aku bersuka ria bersama teman-temannya. Aktiviti malamnya merupakan aktiviti feveret aku iaitu KARAOKE. Aktiviti tersebut dimulakan selepas makan malam. Cuma yang x bestnye sebab pilihan lagu agak terhad di mana lagu2 killer aku yang boleh membuatkan gadis-gadis mengalirkan air mata@terpikat tiada dalam list. Jadi, aku terpaksa "menyumbangkan" lagu-lagu yang ada sahaja seperti KISAH & TAULADAN-A.HALIM, SERULING ANAK GEMBALA-JEFRIDIN dll. Aktiviti karaoke berlanjutan sehingga jam 12 malam tanpa melibatkan sebarang aktiviti terkutuk seperti penzinaan, pemabukan dan lain-lain yang seumpama dengannya.
|
Snorkeling | | | |
|
Jernih bukan airnya? |
|
Riri yang takut air |
|
Ayu berduet dengan suami beliau iaitu Pa |
3rd Day
Hari terakhir trip. Aktiviti pada hari ketiga ini hanyalah sarapan sahaja dan seterusnya urusan checkout sambil menanti ketibaan speed boat yang akan membawa kami ke Jeti Kuala Besut semula. Seperti sebelumnya, imajinasi tentang raksaksa muncul lagi dalam fikiran aku ketika dalam perjalanan menuju ke Jeti Kuala Besut. Akhirnya, kami tiba dengan selamat di jeti dan menuju ke rumah Tishah untuk berehat sementara menaiki flight yang dijadualkan pada pada jam 1850 hari itu. Keluarga-keluarga yang menetap di Terengganu telah pulang sejurus selepas mengambil kereta masing-masing yang diparking di rumah Tishah. Jadi yang tinggal hanyalah keluarga aku dan Aida sahaja untuk pulang ke KL demi mencari rezeki yang halal. Petang tu, kami dihantar oleh membe Tishah ke Airport Kota Bharu dan kami sampai ngam2 lebih kurang beberapa minti sahaja lagi sebelum gate ditutup. Tapi yang foulnye naik AIR ASIA ni adalah flight die asyik delay je. Flight balik aku delay sejam. Dalam hati aku menyumpah seranah Uncle Tony dan sekutu-kutunya sebab insiden tersebut. Dalam x sedar tu rupenye aku termaki skali insan-insan yg xde kene mengena seperti kumpulan Max 24:7 dan beberapa individu lain yang aku dah lupe dah. Selain tu, bajet time aku dah lari sebab esoknya tu aku nak kene outstesyen kat JB seminggu. Barang x kemas lagi. Nasib baikla aku ni x kaya, kalo x dah lama aku beli jet peribadi. So, sekian sajelah entry untuk kali ni pasal percutian. Kesimpulannya, aku bagi 4 daripada 5 bintang untuk Pulau Perhentian Kecil ni. Yang 1 bintang x cukup tu sebab lagu karaoke die x up to date. Bye...
testis
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.